TAHUKAH anda, terutamanya golongan wanita yang selalu menggunakan bahan pewarna atau meluruskan rambut bakal berdepan dengan risiko penyakit kanser payudara. Satu kajian di Institut Kesihatan Nasional, Amerika Syarikat mendapati lebih 50,000 orang menggunakan bahan-bahan tersebut melebihi lapan tahun. Golongan wanita dilaporkan menggunakan pewarna rambut secara kekal bakal berdepan dengan risiko penyakit kanser lebih sembilan peratus berbanding mereka yang tidak menggunakannya. ARTIKEL BERKAITAN: Tidur dengan maskara boleh rosakkan kornea! Ketahui 5 tip kesalahan memakai riasan ini Manakala wanita yang menggunakan bahan meluruskan rambut yang mempunyai kandungan kimia selama lima hingga lapan minggu berdepan dengan risiko lebih tinggi dengan 30 peratus. Pasukan pengkaji memberi amaran bahawa bahan kimia tersebut boleh menyerap ke bahagian kulit kepala. Kajian juga mendedahkan, golongan wanita hanya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara ini dengan hanya mengurangkan penggunaan bahan-bahan kimia tersebut Lebih 5,000 bahan kimia yang digunakan dalam satu produk pewarna rambut.