suria

“Perencah ada sekali tak?” - Aduh! Kasut jenama mahal ini disamakan dengan makanan murah, mi segera

Kasut terbaharu Bottega Veneta mencuri perhatian netizen apabila ramai menyamakannya dengan mi segera.

SEMPENA kedatangan tahun 2020 tidak lama lagi, pelbagai jenama fesyen terkenal dunia berlumba-lumba melancarkan koleksi terbaharu mereka.

Namun jenama mewah Bottega Veneta antara yang mencuri tumpuan apabila koleksi kasut terbaharunya dikatakan menyerupai mi segera.

ARTIKEL BERKAITAN: Berani nak cuba rawatan seterika muka? Ini 3 fakta mengenainya

Jenama berasal dari Itali itu melancarkan koleksi kasut dan aksesori bersempena pra musim luruh bagi tahun 2020.

Ada yang menyamakan rekaan kasut itu dengan rambut Justin Timberlake. 

Kasut yang diberi nama 'macrame' itu turut dihasilkan dalam beberapa rekaan termasuk sandal dan kasut tumit tinggi berwarna coklat dan kuning.

Ia terus mendapat perhatian netizen yang rata-rata merasakan rekaannya lucu namun menyifatkan ia strategi bijak oleh jenama itu dalam menarik perhatian pembeli.

"Perasanya didatangkan sekali atau kena beli asing?" tulis seorang netizen.

Tidak kurang juga yang menyamakan rekaan itu kepada gaya rambut penyanyi Justin Timberlake ketika dia bersama kumpulan NSYNC.

"Maksudnya rekaan kasut itu diinspirasikan daripada rambut Justin Timberlake sekitar tahun 1999?" tulis netizen.

Mi Segera, Bottega Veneta

Artikel Lain