suria

Tak perlu malu dan obses putihkan wajah... Ada 4 kelebihan kulit sawo matang!

Kecantikan itu subjektif dan setiap warna kulit juga mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri.

KEBANYAKAN daripada kita memiliki warna kulit sawo matang, namun ramai yang terlalu taksub untuk memutihkan kulit.

Hal itu dibuktikan apabila terdapat pelbagai lambakan produk pemutih yang ada di antaranya tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dijual secara terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perencah ada sekali tak?” - Aduh! Kasut jenama mahal ini disamakan dengan makanan murah, mi segera

Ramai terpedaya dengan pelbagai iklan promosi produk pemutih tanpa memperdulikan kesan jangka panjang pada kulit dan kesihatan, namun ramai tidak tahu sebenarnya memiliki kulit sawo matang banyak kelebihan dan anda sepatutnya berasa bangga dengan diri sendiri.

1. Mengurangkan risiko kanser kulit

Kandungan pigmen melanin yang tinggi pada orang berkulit sawo matang memberikan perlindungan lebih baik daripada sinar UV. Ia akan menyerap sinar berbahaya selain jaringan sel terhindar daripada risiko kanser kulit.

Bagaimanapun itu bukan bererti orang berkulit sawo matang boleh mengambil ringan penjagaan kulit dan sebaik-baiknya gunakanlah krim pelindung jika berada di bawah matahari untuk jangka masa panjang.

2. Mengurangkan risiko kelahiran bayi cacat

Inidividu sawo matang mempunyai risiko lebih rendah untuk mendapat anak cacat kerana melanin dalam kulit melindungi DNA dari kerosakan akibat pancaran matahari.

Bagi ibu mengandung yang memiliki kulit jenis itu, hal ini dapat memberi kesan kepada kesihatan janin serta mengurangkan risiko kelahiran bayi cacat.

3. Lebih awet muda

Ini paling best! Orang berkulit sawo matang memiliki kulit lebih awet muda! Ini kerana perlindungan melanin dapat menjaga kulit dari rosak termasuk kemunculan bintik hitam atau tekstur kulit kasar serta mampu menutup tanda-tanda penuaan.

4. Menguatkan tulang

Orang berkulit sawo matang mempunyai vitamin D3 lebih banyak dan dengan bantuan sinar UV ia dapat menbentuk kalsium dalam badan. Untuk tempoh jangka panjang, ia dapat mengurangkan risiko osteoporosis!

Pandangan bahawa kulit cerah lebih menarik adalah sangat subjektif dan sepatutnya kita berbangga dengan apa juga jenis kulit yang dikurniakan Allah kerana setiap satunya mempunyai ciri-ciri dan keunikan tersendiri!

Kulit, Sawo Matang, Kesihatan, Kecantikan

Artikel Lain