suria

Diet 'sirtfood' rahsia Adele susut 22kg, sampai nampak tulang selangka!

Adele mengejutkan pelbagai pihak apabila tampil dengan bentuk tubuh yang langsing.

RAMAI terkejut dengan bentuk tubuh Adele yang kurus sampai nampak tulang selangka apabila gambar percutiannya bersama penyanyi Harry Styles tersebar baru-baru ini.

Adele dilaporkan berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 22 kilogram dan penyanyi lagu Someone Like You itu rupa-rupanya mengamalkan diet dipanggil sirtfood.

Diet itu dicipta oleh pakar pemakanan iaitu Aidan Goggins dan Glen Matten yang menekankan cleanse diet dalam rutinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Diet IU boleh hilangkan 5kg seminggu tapi awas bahayanya!

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa sangka berat jejaka sado ini pernah cecah 115kg - “Nak urus badan pun perlu ada ilmu...”

Diet sama pernah diamalkan oleh adik kepada Kate Middleton iaitu Pippa Middleton sehingga ia mendapat carian ketujuh tertinggi di Google pada 2019.

Kajian juga mendapati pengamal diet ini mampu menurunkan berat badan sebanyak tiga kilogram dalam tempoh seminggu.

Minuman jus hijau antara menu diet sirtfood.

Rutin diet ini juga sangat ketat dan perlu dilakukan secara berterusan dalam tempoh seminggu termasuklah;

1. Tiga hari pertama perlu membataskan pengambilan 1,000 kalori dengan pengambilan tiga jus hijau dan protein.

2. Selepas tempoh itu, anda dibenarkan menambah pengambilan kalori sehingga 1,500 termasuk makan dua kali sehari bersama dua gelas jus hijau.

3. Fasa pemeliharaan - Dalam fasa ini anda harus makan tiga hidangan seimbang ditambah dengan senaman efektif bagi mendapatkan kesan memberangsangkan.

Bagaimanapun diet ini disifatkan sebagai diet jangka pendek bagi yang ingin menurunkan berat badan dengan cepat.

Gambar terbaharu Adele (kanan) yang mengejutkan ramai pihak.

Pakar pemakanan, Martha McKittrick pula memberitahu diet ini tergolong dalam kategori tricky yang mana setiap orang tidak akan mendapat keputusan sama.

"Jika anda inginkan badan seperti Adele dan mengamalkan diet ini... Anda mungkin tidak akan dapat keputusan yang sama," katanya.

Dalam pada itu, Adele memberitahu dia menggabungkan diet sirtfood dengan penambahan diet lain termasuk mengawal pengambilan karbohidrat serta gula.

"Dulu saya boleh minum 10 cawan teh dengan dua ketul gula setiap hari. Itu bermakna saya ambil 20 ketul gula sehari... Sekarang saya tidak minum teh lagi dan rasa lebih bertenaga.

"Jika dulu saya sering menangis tapi sekarang saya kerap berpeluh," guraunya.

Selain itu, Adele beritahu dia aktif melakukan senaman pilates dan angkat berat sejak tahun lalu.

Adele, Sirtfood, Diet, Pilates

Artikel Lain