PASTI ramai bersetuju jerawat yang tumbuh di dalam lubang atau cuping telinga lebih menyakitkan berbanding di wajah, bukan? Ia bukan sahaja sakit tapi sangat mengganggu dan tidak selesa, ditambah rasa gatal akibat kulit telinga sangat sensitif. Jerawat di telinga ini sebenarnya terjadi kerana terdapat pembentukan sel kulit mati atau bakteria yang tersumbat dalam pori kulit telinga. ARTIKEL BERKAITAN: Bibir kering? Ada sebab jangan jilat guna air liur Itu belum termasuk tabiat menggunakan pembersih kapas telinga, fon kepala, subang, topi serta topi keledar yang kotor atau tercemar dengan bakteria. Ada cara tertentu menguruskan jerawat dalam telinga. Sebaik-baiknya, rajinkan diri membersihkan barangan yang sering anda gunakan dan bukan sekadar mencuci telinga. Berikut adalah cara untuk merawat masalah jerawat telinga; 1. Sediakan air suam dan kain lembut untuk dilap ke bahagian telinga. Tujuan menggunakan air suam bagi membuka ruang pori dan mudah mengeluarkan kotoran dan minyak. 2. Jika jerawat sudah pecah, hati-hati membersihkannya kerana cecair dari jerawat mungkin boleh menyebabkan masalah itu bertambah teruk. 3. Gunakan pembersih telinga yang dicelup ke dalam air suam sebelum membersihkan bahagian dalam telinga dengan berhati-hati. 4. Alirkan air suam ke telinga bagi mencuci kotoran yang tertinggal. 5. Jika jerawat belum pecah, sebaiknya biarkan ia terpecah sendiri.