DUA faktor penting dalam memastikan warna pakaian tidak luntur dan terus kelihatan seperti baharu. Kajian menemui kaedah mudah untuk memastikan setiap pakaian berwarna tidak hilang serinya. Sekumpulan saintis dari University of Leeds, United Kingdom mendedahkan setiap jumlah pakaian yang dicuci menggunakan mesin basuh akan mengeluarkan serta gentian yang sangat kecil. ARTIKEL BERKAITAN: Jangan tak percaya... pengering rambut boleh menyebabkan anda pekak, alami masalah pendengaran Berdasarkan kajian itu yang diterbit dalam jurnal Dyes and Pigments, paling terbaik untuk memastikan pakaian itu tahan lama adalah dengan mengawal tetapan mesin basuh dan tahap suhu air. Warna pakaian lebih terjaga dengan penggunaan tetapan di mesin basuh yang betul. Salah seorang penyelidik Lucy Cutton berkata, ramai pengguna mendakwa warna pakaian mereka menjadi lusuh selepas beberapa kali dibasuh. Penemuan daripada kajian itu mendapati warna pakaian akan hilang hanya sedikit sekiranya menggunakan tetapan mesin basuh menggunakan tahap cooler dan quicker. Bermakna, dua tetapan ini boleh mengurangkan pemindahan warna ketika sedang mencuci.