suria

Pokemon Boots, cantik ke tidak?

Pokemon Boots kini sudah pun mula dijual di laman web Zara.

SELAMA ini, Pokemon Company lebih dikenali sebagai syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan siri animasi Pokemon serta mengeluarkan pelbagai barangan koleksi buat peminat.

Namun nampaknya Pokemon Co. sudah mengorak langkah dalam dunia fesyen. Terbaharu jenama terkenal dari Jepun itu berkolaborasi dengan Zara menghasilkan kasut but unik.

Menariknya mengenai but itu, tapaknya menggunakan Poke Balls berwarna merah putih sebagai kelainan kepada penggemar dua jenama gergasi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada kelas walau guna barang terpakai! Kulit kerusi pesawat material koleksi terkini Off-White x Air Jordan 1

Diberi nama Pokemon Boots, butnya menggunakan kain jaring berwarna hitam tanpa sebarang aksesori tambahan bagi memberi perhatian kepada tapaknya.



Rekaan ringkas namun Poke Balls pada tapak menjadi perhatian.

Bagi menjamin keselesaan pemakai, tapak menggunakan Poke Balls itu dipasang dengan ketinggian dua inci selain bahagian bawahnya diratakan.

Ramai memberikan reaksi berbeza selepas imej Pokemon Boots dilancarkan - ada yang tertarik dan ada pula merasakan rekaannya tidak bersesuaian dan boleh jadi lebih menarik.

"Ia seolah-olah mematahkan tapak kasut but sedia ada dan dipasang dengan Poke Balls. Rekaannya boleh jadi lebih menarik!," tulis netizen.

Anda pula rasa bagaimana? Pokemon Balls sudah boleh dibeli menerusi laman web Zara dan ia dijual pada harga AS$30 sepasang atau RM120.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain