suria

Awas! Kaki busuk sebab tak pandai jaga kuku, ini 5 cara penjagaan yang boleh anda praktik

Kuku kaki perlu dijaga bagi mengelak dijangkiti kulat.

KEBERSIHAN kuku, sama ada bahagian tangan dan kaki sangat penting kerana ia boleh menyebabkan jangkitan bakteria atau kulat sehingga boleh mengganggu kehidupan harian anda.

Kuku kaki terutamanya adalah bahagian yang jarang diambil berat memandangkan ia jarang dilihat kerana ditutupi dengan kasut sepanjang hari.

Ada juga yang langsung kisah dengan kebersihan kuku kaki, asalkan kukunya pendek ia sudah mencukupi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jerawat tumbuh meriah walaupun tak keluar rumah, jika anda gemar memicitnya sila stop! Ini 5 sebabnya

Menurut Dr Bazilah Mohamed Zain orang yang normal, jarang-jarang akan dijangkiti oleh kulat disebabkan oleh antibodi yang kuat dan mampu menghalang jangkitan kulat tersebut daripada merebak.

Ia selalu terjadi pada kuku terlanggar atau tersepak batu menyebabkan terbukanya akses untuk kulat masuk dan menyebabkan jangkitan pada matriks kuku.

Namun demikian untuk orang yang berimuniti rendah seperti pesakit kencing manis, pesakit HIV, pesakit yang on systemic steroid atau ubat yang merendahkan imuniti yang lain, mereka akan lebih mudah dijangkiti kulat kerana sistem pertahanan badan yang lemah.



Kuku kaki terutama ibu jari mudah rosak akibat kurang penjagaan.

Selalu terjadi pada kuku yang terkopak mungkin disebabkan beberapa kemalangan kecil seperti terlanggar bucu pintu atau tersepak batu dan sebagainya.

Disebabkan itu, akses untuk kulat itu masuk dan menyebabkan jangkitan pada matriks kuku tersebut.

Masalah ini, jika tidak dirawat ia boleh membuatkan anda hilang kuku dan sakit, sukar untuk memakai stokin atau kasut. Denyutan pada bahagian itu boleh membuat anda hilang kesabaran!.

Jadi, jika berdepan dengan masalah ini, eloklah anda segera berjumpa dengan doktor atau dapatkan ubat yang bersesuaian di farmasi bagi mengelakkan kulat itu berjangkit ke jari lain.



Kaki juga perlukan penjagaan rapi supaya tidak berbau busuk dan dijangkiti kulat.

Penjagaan kuku kaki

1. Pastikan kuku kaki sentiasa pendek.

2. Pastikan juga kaki dan tangan sentiasa dibasuh dan dikeringkan.

3. Lebih penting pakai kasut bersama dengan stokin bagi mengelakkan kaki berpeluh dan busuk.

4. Stokin sentiasa bersih. Sekurang-kurang tukar stokin dua kali selepas memakainya. Terpulang kepada tempoh pemakaiannya.

5. Rendam kaki dengan air garam bagi membuang segala bakteria atau kotoran.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Kuku Kaki, Kulat, Rosak, Busuk

Artikel Lain