suria

Ketumbit bahaya tak? Ini cara hilangkannya semudah ABC!

Tuam bahagian ketumbit dengan tuala yang telah direndam bersama air suam.

KELOPAK mata mempunyai kelenjar-kelenjar yang menghasilkan minyak bagi membantu melembabkan permukaan hadapan bola mata selain bulu mata yang berfungsi memerangkap habuk.

Ketumbit (hordeolum luaran), yang amat sinonim dengan mata pula adalah bisul kecil hasil jangkitan kuman staphylococcus ke atas akar (folikal) bulu mata.

Penakungan minyak akibat saluran kelenjar tersumbat pula mengakibatkan chalazion (hordeolum dalaman).

ARTIKEL BERKAITAN: 'Skin tag' boleh ganggu penampilan anda... awas elak buang sendiri!

Kebanyakan ketumbit akan hilang walaupun tanpa diberikan rawatan dalam masa beberapa hari.

Namun sesetengah individu mungkin mendapat komplikasi yang lebih teruk sekiranya jangkitan tersebut merebak ke bahagian lain di kelopak mata seterusnya menyebabkan preseptal cellulitis. Keadaan ini menyebabkan kesakitan dan bengkak pada kelopak.



Ketumbit berlaku kerana jangkitan kuman staphylococcus.

Jika anda berdepan dengan masalah ketumbit, usah terlalu risau kerana ia jarang menyebabkan gangguan teruk.

Ia boleh dirawat di rumah dengan menuam ketumbit beberapa kali sehari. Dalam beberapa hari ketumbit akan sembuh dengan sendirinya.

Sekiranya tidak sembuh selepas dituam, rawatan antibiotik dalam bentuk salaf mata mungkin diperlukan.

Dalam kes yang lebih teruk ketumbit boleh dirawat dengan pembedahan kecil. Bagi ketumbit luaran (external hordeolum), bulu mata yang terlibat perlu dicabut.

Cara-cara rawatan:

1. Ambil sehelai sapu tangan kecil

2. Rendam dalam air suam kuku dan perah hingga tidak menitis

3. Letakkan di atas kelopak mata dengan mata tertutup

4. Lakukan selama 10 minit

(Ulang 2-3 kali sehari sehingga ketumbit pulih)

Cara-cara membersih kelopak mata

1. Ambil cawan/ bekas kecil

2. Letakkan sedikit air bersih ke dalam bekas

3. Campurkan 5 titis syampu bayi dan kacau

4. Celup putik kapas ke dalam campuran tadi

5. Lap bahagian kelopak mata yang mempunyai bulu mata secara lembut dengan putik kapas tersebut.

(Awas: Elakkan dari terkena bahagian kornea)

Lakukan 2-3 kali sehari

Sekiranya kelopak mata terlalu kotor dan berkeruping, basahkan mata sebelum membersihkannya. Ini dapat membantu agar keruping menjadi lembut dan senang untuk dibersihkan. - myhealth

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

ketumbit, tuam, mata, air panas, rawat

Artikel Lain