suria

Tali pinggang dan pria berpisah tiada... Pilih ukuran satu nombor lebih besar berbanding seluar antara 3 cara pemakaian yang betul

Tali pinggang adalah aksesori wajib bagi seorang lelaki.

TALI pinggang dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Selain sebagai penahan seluar daripada melurut ke bawah, ia juga sebagai aksesori bagi melengkapkan gaya.

Tapi sayangnya, tak ramai lelaki faham cara pemakaian tali pinggang dengan betul dan lebih kepada asal boleh!

ARTIKEL BERKAITAN: “Struktur wajahnya sangat cantik, cukup solekan polos” - Jurusolek selebriti Razzi Musa dedah pengalaman solek Pavithra

Memakai tali pinggang juga ada caranya terutamanya bagi kod pemakaian berbeza selain paduan warna, tekstur dan bentuk kepalanya dapat memainkan peranan pada gaya seorang lelaki. Barulah kacak.



Pemilihan tali pinggang bukan sahaja membuatkan penampilan nampak segak tapi mencerminkan keperibadian seorang lelaki.

1. Gaya formal

Bagi pemakaian formal seperti ke pejabat atau menghadiri mesyuarat penting, sebaik-baiknya pilih tali pinggang dengan kelebaran 2.5 hingga 3.5 sentimeter yang diperbuat daripada bahan kulit.

Pilihan warna gelap seperti cokelat atau hitam adalah paling sesuai untuk gaya formal. Hindari bentuk tali pinggang yang aneh atau bercorak.

Pastikan juga warna tali pinggang sepadu dengan kasut yang akan membuatkan penampilan anda tampak profesional dan segak.



Tali pinggang vintaj sesuai dipadankan dengan gaya kasual.

2. Gaya Kasual

Meskipun bergaya secara kasual, itu bukan bererti kita boleh memandang remeh pemilihan tali pinggang kerana ia menunjukkan gaya dan keperibadian kita.

Bagaimanapun, ini adalah peluang untuk anda mencuba pelbagai tali pinggang pelbagai gaya seperti vintaj, motif anyaman termasuk dengan kepala tali pinggang yang besar dan bercorak.

Tapi kalau ragu-ragu, pilih tali pinggang yang diperbuat daripada kulit dengan warna natural yang cukup sesuai dipadankan dengan apa juga gaya.



Tali pinggang kulit berwarna gelap paling selamat untuk gaya formal.

3. Ukuran tali pinggang

Perkara paling utama yang perlu diberi perhatian ketika membeli tali pinggang adalah memahami ukuran pinggang seluar kita. Sebaik-baiknya, pilih ukuran satu nombor lebih besar berbanding ukuran seluar.

Contohnya, jika saiz seluar kita adalah 34, maka pilih tali pinggang berukuran 35 atau 36. Pastikan panjang tali pinggang berbaki beberapa inci selepas dipakai.

Jangan pakai tali pinggang yang terlalu panjang sampai perlu melilitnya dua kali kerana ia bukan sahaja nampak tidak kemas tetapi aneh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Tali Pinggang, Seluar, Gaya, Fesyen, Lelaki

Artikel Lain