suria

Tahi telinga boleh 'ceritakan' tahap kesihatan anda, jika cokelat ertinya stres... jangan abaikan 5 petanda ini!

Tahi telinga boleh menceritakan tentang kesihatan anda.

TAHI telinga memang menjijikkan tetapi tahukah anda ia boleh memberitahu pelbagai benda tentang tahap kesihatan anda?

Membersihkan tahi telinga adalah perkara biasa tetapi ia sebenarnya turut melindungi telinga anda.

ARTIKEL BEKAITAN: Ideal minum 8 gelas air sehari, jika tidak reda saja jerawat tumbuh di wajah

Jom kenali lima jenis tahi telinga yang mungkin menceritakan masalah yang sedang anda hadapi.

1. Tahi telinga berwarna kelabu

Tahi telinga yang berwarna kelabu boleh dikatakan sebagai normal dan tidak menunjukkan sebarang tanda tidak normal pada kesihatan anda.

Ia cuma habuk yang melekat dan normal terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar. Tiada yang perlu dirisaukan.

2. Tahi telinga dengan darah

Ia petanda gegendang telinga ada berlubang atau cedera. Ia boleh menyebabkan jangkitan dan boleh menyebabkan masalah pendengaran. Anda patut bertemu dengan doktor sebelum sebarang masalah tidak diingini berlaku.

3. Tahi telinga berwarna cokelat

Tekanan dan keresahan adalah antara penyebab tahi telinga berwarna cokelat. Ia menunjukkan anda mengalami tekanan yang hebat.

4. Tahi telinga berwarna kehitaman

Tah telinga berwarna hitam sepatutnya tidak menjadi masalah. Namun jika anda berasa gatal dan ia semakin teruk, ia mungkin disebabkan sudah berlaku masalah jangkitan fungus. Berjumpa dengan doktor adalah idea paling tepat.

5. Tahi telinga berbau busuk

Ia mungkin disebabkan sudah berlaku jangkitan dalam bahagian tengah telinga yang membuatkan ia berbau busuk. Anda mungkin turut berasa gatal dan sakit serta ia seperti berair di dalam telinga. Segera berjumpa doktor.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berikut

Artikel Lain