BAU badan terjadi disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah pemakanan. Beberapa jenis makanan boleh menjadi penyebab kepada masalah itu tanpa kita sedari. Selama ini kita hanya tahu bawang adalah penyebab bau badan. Sebenarnya terdapat pelbagai makanan yang menjadi punca bau busuk termasuklah;ARTIKEL BERKAITAN: Tahi telinga boleh 'ceritakan' tahap kesihatan anda, jika cokelat ertinya stres... jangan abaikan 5 petanda ini! 1. Ikan Ikan memang memberi banyak manfaat kepada kesihatan kerana kandungan lemak Omega 3 tapi ia juga boleh membuatkan badan berbau disebabkan kandungan kolinnya. Selain itu, pesakit gangguan metabolisme trimethylaminuria (TMAU) juga tidak disarankan makan ikan berlebihan sekiranya tidak mahu badan berbau. Menurut National Center for Biotechnology Information, hal ini itu berlaku kerana pesakit TMAU tidak mampu menguraikan bau hamis pada ikan. Hasilnya, ia memupuk dalam tubuh dan ia akan dikumuh menerusi urin, nafas dan peluh. 2. Daging merah Menerusi kajian yang diterbitkan dalam jurnal Chemical Senses, pengambilan daging merah dapat membuatkan peluh kita berbau. Meskipun belum ada bukti kukuh, pengkaji mengatakan bahawa kandungan lemak dalam daging merah menjadi penyebab bau badan yang busuk. Asid lemak yang terkandung di dalamnya mempengaruhi bakteria pada kulit sehingga menimbulkan bau menyengat. 3. Sayuran cruciferous Sayuran seperti brokoli dan bunga kobis mengandungi sulfur. Ketika ia keluar melalui peluh, kandungan ini membuatkan tubuh berbau seperti telur busuk. Pun begitu, tidak perlu menghindari sayur-sayuran ini kerana ia juga mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan atau menggantikan dengan sayuran yang tidak mengandungi sulfur seperti labu, terung, limau dan sebagainya. 4. Bahan tumis Bahan tumis seperti bawang putih, merah, kari juga mengandungi sulfur. Selain membuatkan badan berbau, ia juga menyebabkan nafas berbau. Bagi mengurangkan bau mulut, kita disarankan untuk minum lebih banyak air dan kerap menggosok gigi. 5. Asparagus Asparagus yang memiliki kandungan belerang membuat urin menjadi berbau busuk. Meskipun begitu, munculnya bau busuk yang ditimbulkan dari kesan makan asparagus tidak dapat dihidu oleh semua orang. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!