suria

Tak cukur bulu ketiak ada baiknya, paling penting bukan punca badan berbau!

Mencukur bulu ketiak adalah satu kebiasaan tapi ada bahaya mengintai jika tidak dilakukan dengan betul.

BAGI seorang wanita, bulu ketiak adalah satu kemestian untuk dicukur kerana ia mampu merosakkan penampilan apatah lagi jika memakai baju tanpa lengan.

Bagaimanapun, bulu ketiak yang tumbuh dibadan manusia tidak kira lelaki atau wanita mempunyai sebab dan fungsi tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak cantik tapi 5 kesalahan ini sering dilakukan si pemakai pendakap gigi

"Bulu ketiak mampu mencegah kegatalan ketika lapisan ketiak bergesel di antara satu sama lain dan mencegah serangan pelbagai patogen di bahagian itu," kata pakar kulit, Rachel Nazarin.

Rachel memberitahu, sebenarnya tidak ada salahnya jika kita membiarkan bulu ketiak tumbuh kerana ia ada kebaikan kepada manusia termasuklah;

1. 'Aroma' semula jadi tubuh

Ketiak menyimpan aroma semula jadi badan seseorang yang dihasilkan oleh sejenis hormon iaitu feromon.

Kajian dilakukan Journal of the Royal Society of Medicine menjelaskan fungsi bulu ketiak adalah untuk melepaskan hormon itu. Jika kita sering mencukurnya, hormon itu tidak dapat dibebaskan dengan baik.

2. Mengurangkan penyerapan bahan kimia

Kandungan alumunium dalam deodoran dikatakan dapat meningkatkan kanser payudara. Meskipun belum terbukti secara meluas, kita mungkin perlu berwaspada.

Oleh itu, mencukur bulu ketiak akan mempercepatkan penyerapan bahan kimia termasuk alumunium. Jadi sebaik-baiknya, kalau perlu memakai deodoran, jangan cukur bulu anda.

3. Bulu bukan penyebab bau badan!

Ada mengatakan cukur bulu ketiak akan mengurangkan bau badan disebabkan peluh namun sebenarnya ia langsung tidak memberi kesan.

Apa paling penting adalah menjaga kebersihan agar bakteria tidak menempel pada ketiak dan mengeluarkan bau busuk.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain