SUPLEMEN berasaskan kolagen semakin mendapat perhatian bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan kulit agar nampak lebih awet muda. Kolagen adalah protein yang mengandungi asid amino dan berfungsi menjaga lapisan jaringan dan tulang manusia. Ia juga dapat membuatkan kulit lebih tegang serta melambatkan proses kedutan.ARTIKEL BERKAITAN: Bukan saja tak cukup tidur... otot terlalu aktif, kulit menipis punca lingkaran hitam bawah mata Tapi apakah dengan mengambil suplemen kolagen benar-benar dapat membantu mencantikkan kulit? Pakar kecantikan, Debbie Thomas menjelaskan, kolagen memang bermanfaat buat kulit namun pemilihannya harus dilakukan secara tepat. Pengambilan suplemen kolagen perlu dibuat secara berterusan bagi mendapatkan kesan berpanjangan. Ini kerana kualiti kolagen boleh menentukan kesan kepada kulit. Pengambilan secara teratur dalam tempoh jangka panjang dapat membuatkan kulit seseorang bukan sahaja lebih cantik tetapi menawan dan tidak mudah sensitif. Debbie menjelaskan bagi mendapatkan kesan yang cepat serta berpanjangan, pengambilan kolagen perlu diambil dalam dos tinggi iaitu 10,000 mg. Selain kolagen, vitamin C juga dapat membantu meningkatkan penghasilan kolagen selain vitamin D yang menjaga kekebalan kulit. Glutathione yang mampu melindungi sel kulit juga cukup baik. Jadi jika ingin mendapatkan kulit yang sihat, bukan sahaja mengambil kolagen tetapi vitamin C, D dan glutathione sangat membantu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!