suria

Berpeluh selepas mandi... Ketahui punca dan cara mengatasinya

Terdapat beberapa sebab mengapa kita berpeluh selepas mandi.

PERASAN tak, selepas mandi ada di antara kita yang akan berpeluh selepas mandi. Adakah keadaan itu normal?

Fenomena itu biasanya terjadi terutamanya selepas kita mandi menggunakan air panas.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukur bulu ketiak ada baiknya, paling penting bukan punca badan berbau!

Air panas yang tersisi pada kulit dan rambut sebenarnya akan terus menghangatkan tubuh biarpun selepas mandi.

Ini kerana wap air panas itu yang dicampur dengan suhu badan kita akan meningkatkan kelembapan tubuh. Ini sekaligus membuatkan tubuh mengeluarkan peluh.



Mandi menggunakan air panas boleh menyebabkan badan berpeluh.

Bagaimana cara mengecah berpeluh selepas mandi?

1. Tunggu selama 20 hingga 30 minit selepas melakukan sesuatu aktiviti seperti bersenam sebelum mandi. Ia dapat membantu tubuh menurunkan suhu badan.

2. Ketika mandi, cuba matikan air panas untuk menurunkan suhu sebelum keluar dari bilik air. Masa peralihan ini dapat menurunkan suhu badan sekaligus mengurangkan masalah berpeluh.

3. Sekiranya mandi menggunakan air panas, siraman terakhir itu bilas dengan air sejuk agar tiada sisa air panas tertinggal di kepala dan tubuh.

4. Pastikan bilik air anda mempunyai pengaliran udara yang baik agar wap yang keluar daripada air panas dapat diganti dengan udara sejuk dan menurunkan suhu dalam bilik air.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain