suria

Raikan tahun baharu... Heavy bangs, pixie antara gaya rambut bakal popular 2021

Pelbagai gaya rambut seperti heavy bangs dan pixie dijangka popular tahun depan.

RAMBUT yang sihat tidak hanya terletak pada penjagaan tetapi juga gaya. Ramai orang terutamanya wanita begitu mementingkan gaya rambut kerana ia mampu meningkatkan keyakinan diri.

Menjelang 2021, ada baiknya kalau kita ketahui gaya rambut yang boleh dijadikan inspirasi agar tampil segar pada tahun baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pandemik bukan alasan untuk tidak bergaya, fesyen gaya sendiri dan pakaian rumah antara trend 2021

Berikut adalah lima gaya rambut yang dikatakan bakal menjadi kegilaan pada tahun hadapan.

1. Heavy bangs

Sepanjang pandemik, ramai yang tidak ke salon dan membiarkan rambut mereka panjang namun beberapa penggaya rambut menjangkakan, heavy bangs bakal mencuri perhatian bagi memberikan impak lebih berani kepada gaya rambut yang mengurai.

2. Blunt crop

Jika anda membayangkan gaya rambut yang lebih praktikal dan menyegarkan, barangkali blunt crop adalah paling sesuai.

Penggaya rambut selebriti, Sally Hershberger memberitahu potongan blunt crop yang lebih kasar pada hujung rambut memberi visual estetika kepada seseorang serta menonjolkan garisan rahang.

3. Shaggy

Penggaya rambut Tangle Teezer, Takisha Sturdivant-Drew pula memberitahu rambut ini adalah bentuk klasik yang dapat dibuat berdasarkan tekstur rambut seseorang.

4. Pixie

Potongan pixie akan kembali popular kerana potongan rambut pendek ini boleh kelihatan seksi selain mudah dijaga.

5. Face-framing layers

Bagi pencinta rambut panjang yang tidak mahu memotong rambut, penggaya rambut Alex Brown menyarankan untuk tampil dengan gaya face-framing layers.

Alex memberitahu face-framing layers adalah cara bagus untuk tampil sempurna walaupun rambut panjang dan membuatnya lebih terbentuk.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain