suria

Aduh! Sakitnya jerawat tumbuh di punggung... Ketahui cara menghilangkannya

Jerawat yang tumbuh di punggung memang menyakitkan.

PERTUMBUHAN jerawat bukan sahaja boleh muncul di bahagian muka malah seluruh tubuh badan termasuk bahagian punggung.

Jerawat di punggung kemungkinan besar terjadi disebabkan pori-pori tersumbat akibat minyak berlebihan, mandi tidak bersih sehingga menyebabkan kotoran terkumpul di bahagian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar potong pendek! Ketahui 5 cara mudah dapatkan kuku sihat, berkilat tanpa perlu ke spa

Biarpun sukar untuk mengenal pasti kedudukan jerawat di punggung namun kesakitannya boleh dirasai terutamanya apabila duduk.

Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan bagi menghilangkan dan mencegah masalah jerawat di punggung termasuklah;

1. Jangan mandi ketika berpeluh

Elakkan diri daripada mandi ketika berpeluh kerana jerawat di bahagian punggung itu akan menjadi lebih teruk.

Mandi ketika peluh adalah potensi tinggi untuk membenarkan bakteria memasuki liang-liang kulit.

2. Gunakan scrub

Penggunaan scrub bukan sahaja di bahagian wajah malah di punggung juga.

Punggung merupakan bahagian yang banyak menghasilkan minyak daripada bahagian tubuh lain.

Cara yang berkesan untuk hilangkan jerawat juga adalah dengan menggunakan scrub sekali seminggu untuk menghapus sel kulit mati di bahagian tersebut.

3. Jaga pemakanan

Pemilihan makanan adalah faktor utama dalam mencegah pertumbuhan jerawat.

Anda seharusnya perlu mengurangkan pengambilan karbohidrat seperti roti putih kentang dan sebagainya untuk mencegah jerawat dari tumbuh.

4. Sapu ubat jerawat

Teknik ini sama seperti jerawat yang tumbuh di bahagian wajah. Anda perlu sapukan ubat jerawat untuk membiarkan jerawat itu mengecut dan pecah.

Selain itu, zat kimia yang rendah dalam minyak juga dapat membantu mengeringkan jerawat di punggung tanpa rasa gatal.

5. Seluar bersesuaian

Antara perkara penting yang perlu anda pertimbangkan jika mempunyai jerawat di bahagian punggung adalah memilih pakaian yang bersesuaian iaitu yang tidak terlalu ketat.

Ini sangat penting kerana pakaian yang ketat akan membuatkan kulit anda sukar untuk bernafas sehingga keluarnya peluh.

Maka di situ akan bermulanya penumbuhan bakteria pada kulit.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain