suria

Salah sendiri juga... ini 4 punca berat badan mencanak naik ketika pandemik

Terdapat pelbagai sebab mengapa berat badan anda meningkat ketika pandemik.

PANDEMIK Covid-19 bukan sahaja mengancam nyawa dan tahap kesihatan malah ia telah mengubah kehidupan seharian kita secara drastik termasuklah gaya hidup, waktu tidur, jadual kerja, aktiviti senaman dan sebagainya.

Paling membimbangkan pandemik ini secara tidak langsung membuatkan berat badan seseorang bertambah memandangkan kita perlu lebih banyak berada di rumah berbanding melakukan aktiviti di luar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap turun-naik penimbang ketika proses nak kurus, betul ke pagi waktu terbaik timbang berat badan?

Faham-faham sahaja apabila sudah berada di rumah dan tiada perkara lain untuk dilakukan, makanan adalah cara terbaik untuk menghilangkan bosan.

Dipetik daripada Female Daily, berikut merupakan empat punca utama berat badan naik mendadak ketika pandemik dan cara untuk mengatasinya.

1. Makanan ringan

Apabila berada di rumah, perut akan automatik berasa sentiasa lapar dan ingin mengunyah sesuatu.

Makanan ringan selalunya menjadi pilihan seperti keropok, cokelat, kacang dan sebagainya padahal ini adalah punca berat badan bertambah tanpa disedari.

Apa kata ganti dengan makanan ringan yang lebih sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

2. Makan sebelum tidur

Semua aktiviti kita berubah sepanjang pandemik termasuk waktu makan. Meskipun ramai sedar bahawa makan sebelum tidur boleh menyebabkan berat badan naik, tetapi masih ramai melakukannya.

Makan pada waktu malam iaitu selepas pukul 7 sebenarnya tidak baik untuk kesihatan apatah lagi makan pada waktu tengah malam dan terus tidur.

Ini punca lemak berkumpul dalam badan, sekali gus membuatkan berat badan anda bertambah.

3. Malas bersukan

Alasan tidak dapat keluar rumah untuk bersenam membuatkan ramai lebih gemar bermalas-malasan dengan menonton televisyen, bermain telefon dan tidur.

Jadi tidak hairan berat badan meningkat - Sebaik-baiknya luangkan sedikit masa untuk bersukan biarpun hanya sekadar 40 minit sehari.

Lakukan senaman ringan di dalam rumah atau melakukan kerja-kerja yang boleh mengeluarkan peluh.

4. Kurang bergerak

Sudahlah malas bersukan, malas bergerak pula meskipun berada dalam rumah sendiri. Ia sebenarnya boleh menyebabkan kalori dalam badan tidak terbakar dan punca peningkatan berat badan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain