ALAT solekan dan wanita memang tak dapat dipisahkan malah ada yang sanggup menyimpan pelbagai koleksi tanpa menghiraukan tarikh luputnya. Sebenarnya, alat solek tidak boleh disimpan dalam tempoh lama kerana ia boleh terdedah kepada pelbagai kuman dan bakteria apatah lagi jika disapu pada kulit wajah.ARTIKEL BERKAITAN: Dipinggirkan kerana ketiak busuk? Hilangkan bau peluh dengan limau nipis, ini caranya! Tempoh luput sesuatu barangan solekan itu juga bergantung kepada beberapa faktor termasuklah; 1. Selepas dibuka Alat kosmetik yang masih belum dibuka dan diformulasikan dengan baik lebih cenderung untuk bertahan selama beberapa tahun dalam suhu bilik. Bagaimanapun selepas ia dibuka, kandungan di dalamnya akan mula mengalamai proses pengoksidaan kerana terdedah kepada udara yang lembap. Alat solek perlu disimpan dengan baik agar tidak mudah rosak. 2. Tempat simpanan Suhu panas dan udara lembab boleh meningkatkan pertumbuhan kulat dan bakteria. Jadi, elakkan menyimpan kosmetik di dalam bilik air atau tempat yang mempunyai kelembapan tinggi, berwap dan panas. Simpan alat solekan anda dalam ruang udara nyaman dan kering. 3. Kandungan SPF Produk mengandungi SPF tidak akan melindungi kulit secara maksimum selepas produk itu dibuka selepas enam bulan. Sebaik-baiknya, gantikan dengan yang baharu. 4. Produk berasaskan air Produk berasaskan serbuk seperti bedak mengandungi lebih sedikit air berbanding kosmetik dalam bentuk cecair. Ia cenderung lebih mudah rosak. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!