SEJAJAR dengan perubahan waktu semakin ramai lelaki yang lebih peka terhadap soal ketampanan bagi memastikan penampilan mereka nampak menarik. Tetapi sayangnya ramai tidak mengetahui cara sebenar menjaga wajah dan hanya menggunakan pencuci muka tanpa mengambil kira keberkesanan dan kesesuaian terhadap wajah mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Siapa sangka pisang dan yogurt boleh dijadikan perapi rambut... nak buat pun mudah, jimat! Apatah lagi pelbagai produk dengan kandungan dan cara penggunaan yang sukar difahami membuatkan kaum lelaki lebih selesa kekal dengan satu produk sahaja. Bagi mereka ia sudah memadai dan selebihnya adalah untuk wanita. Pakar dermatologi New York, Dr. Anthony Rossi menjelaskan jantina tidak memberi sebarang pengaruh kepada pemilihan sesuatu produk kulit wajah. "Tiada salahnya menggunakan produk rawatan wajah yang dibuat untuk wanita kerana ia tetap memberi kesan yang sama tidak kira lelaki atau perempuan," katanya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Terdapat tiga langkah mudah menjaga wajah bagi lelaki; 1. Jangan guna sabun badan cuci muka Ada lelaki yang menggunakan sabun badan untuk mencuci muka dan ia perbuatan yang salah. Ini kerana sabun jenis itu akan menyerap terlalu banyak minyak pada kulit wajah dan merosakkan kulit. Akibatnya kulit lebih mudah dijangkiti pelbagai masalah kulit seperti jerawat. Sudah tiba masanya menggunakan produk pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda. 2. Guna pelembap wajah Gunakan pelembap wajah pada setiap pagi dan sebelum tidur bagi menjaga keanjalan kulit. Penggunaan pelembap ini dapat memastikan agar wajah sentiasa segar. Bagi yang mengalami masalah kulit sensitif seperti berminyak, anda dinasihatkan untuk mencari produk yang bebas minyak. 3. Sunblock boleh cegah penuaan Kebanyakan lelaki cukup aktif dengan aktiviti luar dan sering terdedah kepada sinaran matahari. Oleh sebab itu, mereka dinasihatkan untuk mula mengamalkan penggunaan sunblock bagi melindungi kulit. Sebaik-baiknya, cari sunblock dengan kandungan SPF30 dan menyapunya setiap dua jam sekiranya anda berada di bawah sinaran matahari secara berterusan. Sunblock bukan sahaja menghalang kulit menjadi gelap tetapi ia mampu melambatkan proses penuaan dan mencegah kanser kulit. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!