suria

Bukan sekadar kasut getah, Crocs tampil rekaan bersama jenama mewah Balenciaga

Kasut getah Crocs kini datang dalam tumit tinggi hasil kerjasama dengan jenama mewah Balenciaga.

SEBELUM ini Crocs sering dipandang sebagai jenama untuk golongan marhaen dan kasutnya biasanya digunakan untuk aktiviti santai.

Namun seiring dengan waktu, Crocs semakin popular apatah lagi ketika musim pandemik ramai yang mula mencari kasut yang selesa untuk dipakai.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak kacak tapi malas cuci muka... Ayuh cuba 3 langkah mudah jaga kulit wajah

Apatah lagi, jenama itu banyak berkolaborasi dengan artis popular seperti Justin Bieber, Bad Bunny dan Post Malone dalam menghasilkan rekaan eksklusif yang membuatkan ramai mula membuka mata terhadap Crocs.

Terbaharu, Crocs bekerjasama dengan Balenciaga dengan mengeluarkan kasut tinggi atau stiletto dengan menempatkan logo jenama mewah itu di bahagian sisi kasut tersebut.



Kasut ini akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Selain itu, Crocs dan Balenciaga juga tampil dengan rekaan high-knee boot yang didatangkan dalam pelbagai warna termasuk hitam dan hijau.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kerjasama ini sekali lagi menarik perhatian penggemar fesyen ketika pertunjukan fesyen Balenciaga 2022 yang mengangkat tema Balenciaga Clones baru-baru ini.

Pengarah kreatif Balenciaga, Demma Gvasalia memberitahu kolaborasi itu diinspirasikan daripada kasut getah Crocs yang diinterpretasikan dengan gaya mewah jenama itu.

Demma memberitahu pihaknya sudah melakukan pelbagai kajian sebelum tampil dengan rekaan itu dan memberitahu ia sangat selesa.

"Gabungan Balenciaga dan Crocs bukan sesuatu yang mustahil dan apa ditampilkan mempunyai nilai tersendiri dan subjektif," katanya kepada majalah Vogue edisi Perancis.

Kasut itu yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi dilaporkan akan dijual pada harga sekitar AS$850 (RM3,400) sepasang.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Crocs, Balenciaga, fesyen, stail, kasut getah, mode

Artikel Lain