suria

Cukur bulu halus boleh buat wajah jadi licin dan berseri, betul ke?

Dunia kecantikan kini membuatkan semakin ramai wanita yang mencukur bulu muka agar wajah kelihatan licin dan mulus.

RUTIN mencukur bulu di wajah kebiasaannya dilakukan oleh golongan lelaki untuk membuang misai dan janggut.

Namun ternyata ia bukan sahaja lelaki malah sesetengah wanita juga melakukannya bagi mendapatkan kulit yang lebih halus dan licin.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas berat badan naik ketika lockdown! Jom ikut saranan ‘clean eating’ pakar yang kenyang, sihat dan tak menggemukkan

Mitos paling ditakuti oleh kaum wanita ketika mencukur bulu di wajah adalah bulu halus akan tumbuh lebih lebat dan tebal.

Menurut Dr Debbie Palmer, pakar dermatologi dari New York berpendapat mencukur tidak akan mengubah jumlah folikel rambut di kulit atau meningkatkan proses pertumbuhan bulu yang cepat.



Teknik mencukur bulu muka dengan betul penting bagi mengelakkan keradangan berlaku.



Pernah tak anda terfikir apa akan terjadi pada kulit ketika mencukur bulu di wajah?

Berdasarkan portal The List terdapat beberapa situasi yang akan terjadi ketika dicukur, bergantung pada teknik cara mencukurnya.

Luka

Permukaan kulit muka lebih sensitif sekiranya tidak dijaga dengan baik. Gunakan pisau cukur yang bersih dan baru untuk mengelakkan luka pada kulit.

Lebih disarankan untuk mendapat sesi rawatan daripada ahli estetik profesional bagi membuang bulu di wajah secara teratur.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Selain skrub muka, mencukur bulu halus di wajah mampu menanggalkan sel kulit mati.

Eksfoliasi Wajah

Mencukur bulu di wajah adalah salah satu proses menghilangkan sel-sel kulit mati daripada lapisan kulit luar.

Hasilnya kulit akan terasa lembut dan halus. Hal ini meningkatkan penyerapan sesuatu produk yang digunakan serta mengurangkan risiko timbulnya jerawat.

Kulit Tampak Lebih Baik

Zaman sekarang ramai yang mengimpikan solekan lebih nampak ‘smooth’ dan tidak bercapuk, betul tak?

Dengan mencukur bulu di wajah, anda mampu menghasilkan makeup lebih rata dan halus kerana tiada lagi bulu halus dan sel-sel kulit mati pada permukaan muka.



Kulit muka akan lebih segar dan licin selepas mencukur.

Penjagaan Setelah Cukur

Gunakan toner sebagai antiseptik untuk membuang segala kotoran pada wajah setelah mencukur.

Sapu krim pelembap dan pelindung matahari untuk memastikan kulit anda kekal hidrasi serta ia dapat memberikan kesegaran wajah anda agar tampak lebih berseri dan licin.

Tidak dapat dinafikan rutin mencukur bulu halus di muka mampu membuatkan wajah lebih mulus.

Dinasihatkan agar sentiasa melakukan penjagaan yang rapi sebelum dan selepas mencukur bagi mengelakkan iritasi pada permukaan kulit wajah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain