WAKTU ‘lockdown’ ni memang tidak dapat dinafikan aktiviti dan rutin harian agak terhad sehingga ramai antara kita mengalami tekanan dan stres berlebihan. Berdasarkan penelitian American Psychological Association, sebanyak 78 peratus orang Amerika bersetuju rutin pandemik adalah punca terbesar stres dalam kehidupan mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Minum jus saderi mampu pecahkan lemak degil, betul ke? Mungkin ada yang memilih makan sebagai satu cara untuk menghilangkan rasa sedih dan murung tetapi ia juga akan menimbulkan kerisauan kerana berat badan akan naik mendadak sekiranya kita tidak mengamalkan pemakanan betul dan seimbang. Pakar psikiatri di Atlanta Georgia, Dr Howard Maziar menyarankan masyarakat mengamalkan 'clean eating' untuk meredakan stres secara sihat. Kawal keinginan untuk makan makanan yang mengandungi gula dan serat lemak yang tinggi. Ini antara makanan sihat yang wajib anda cuba dan amalkan sepanjang tempoh pandemik. 1. Buah beri Duduk saja-saja depan televisyen tu apa kata anda makan buah strawberi dan blueberry yang mengandungi serat vitamin C dan kaya dengan antioksida bagi menggantikan snek ringan yang lebih berkhasiat. Ia juga mampu untuk mengurangkan risiko diabetes dan obesiti jadi anda tidak perlu risau sekiranya ia diambil secara berlebihan. 2. Bayam Asyik makan makanan bergoreng je, sekali sekala apa kata anda buat sup bayam kerana sayur bayam ni mudah didapati di mana-mana pasaraya dan sarat dengan vitamin B, C dan magnesium. Sesetengah pakar berpendapat bahawa bayam adalah makanan yang penting untuk membantu mengurangkan masalah stres apabila diambil secara betul. 3. Pisang Bila terasa lemau dan tidak bertenaga di rumah, anda boleh mengamalkan makan pisang untuk memberikan nutrisi yang cukup kepada badan sekali gus menghilangkan tekanan yang anda alami. Kandungan yis, vitamin B6 dan C membantu untuk memberikan anda tenaga dan lebih bersemangat. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] 4. Salmon Nutrisi yang terdapat pada ikan salmon seperti omega 3 dan vitamin B mampu meningkatkan serotonin dalam badan anda di mana ia akan membantu mengembalikan ‘mood’ yang baik. 5. Telur Siapa suka makan telur dekat sini? Untuk pengetahuan anda telur adalah sejenis makanan terbaik untuk membantu menghilangkan stres kerana ia mengandungi sumber vitamin B dan D. Nutrisi tersebut amat penting bagi kesihatan otak dan secara tidak langsung ia mampu mengatasi masalah stress. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!