IBARAT minum air tumbuhan hijau, begitulah trend terkini yang menjadi kegilaan ramai wanita apabila cecair klorofil diletakkan ke dalam minuman kerana percaya ia baik untuk kesihatan dan menjadikan kulit lebih cantik. Tidak dapat dinafikan, pakar perubatan turut mengesahkan manfaat yang terdapat dalam cecair klorofil yang mana ia mampu meningkatkan kualiti sel darah merah. ARTIKEL BERKAITAN: Cukur bulu halus boleh buat wajah jadi licin dan berseri, betul ke? Memetik Yahoo Lifestyle, Andrea Mathis dari Amerika Syarikat menyatakan cecair ini mengandungi vitamin, antioksida dan sifat lain yang bermanfaat bagi kesihatan tubuh. Ia juga dapat membantu jerawat kecil daripada tumbuh kerana klorofil mampu bertindak untuk menghalang pertumbuhan bakteria pada kulit yang meradang. Hasil penelitian In Vitro Anti-Inflammatory Properties of Selected Green Leafy Vegetables pada tahun 2018 cairan klorofil dapat mengurangkan keradangan kulit. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Ramai wanita yang menggunakannya dengan harapan dapat membantu mengurangkan masalah kulit mereka. Bagaimanapun tiada saranan untuk anda mengamalkannya secara konsisten atau diambil sebagai 'supplement' setiap hari. Lebih baik sekiranya anda tambah sayuran hijau dalam pemakanan harian. Kebiasaannya, sumber klorofil ini boleh didapati daripada sayuran hijau seperti bayam dan kacang buncis kerana kedua-dua sayuran ini mempunyai kandungan klorofil yang tinggi. Ketika makan sayuran hijau, anda akan dapat sumber vitamin, mineral dan serat lebih baik berbanding minum cecair klorofil. Walaupun memberi manfaat sekali pun, tetapi anda perlu berhati-hati kerana ia boleh menyebabkan keradangan mukosa mulut, cirit birit dan muntah. Klorofil adalah bahan semula jadi dan tidak berbahaya bagi manusia, cuma bagi sesetengah individu mereka mungkin ada kesan sampingan jika mengambilnya. Amat digalakkan untuk seseorang individu mendapat konsultasi daripada ahli farmasi sebelum memilih sesuatu produk bagi menjaga kesihatan tubuh. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!