suria

Anda alami masalah rambut gugur? Ketahui 5 cara mudah atasinya, guna bahan di dapur sahaja

Minyak kelapa adalah salah satu minyak terbaik untuk merawat masalah rambut.

PASTI kita semua mengimpikan memiliki rambut tebal dan berkilat serta kelihatan cantik sehingga boleh meningkatkan penampilan, betul tak?

Jika ya, inilah perkara yang patut anda lakukan untuk mendapatkan hasil sedemikian!

ARTIKEL BERKAITAN: Wah! Dari jauh sudah bersinar... Nike Air Force 1 kini dengan kristal Swarovski

Isu penjagaan rambut yang biasa dihadapi oleh kebanyakan kita ialah "rambut gugur".

Sama ada kerana pencemaran atau tekanan atau hanya kekurangan rutin penjagaan rambut - mengalami keguguran rambut adalah kekecewaan yang sebenar.

Sebelum ini, rambut gugur selepas dijangkiti Covid-19 juga menjadi kebimbangan.

Malah selebriti telah menggunakan media sosial untuk berkongsi kisah rambut gugur mereka selepas pandemik.

Nasib baik ada "minyak rambut berasaskan kelapa" dan masker rambut sebagai penyelamat.

Molekulnya menembusi jauh ke dalam helaian rambut kita serta akar, dengan itu menyuburkan rambut kita dari dalam ke luar.

Minyak rambut berasaskan kelapa mengandungi jumlah asid laurik yang baik membantu meningkatkan kesihatan kulit kepala dan mengurangkan rambut gugur.

Jika rambut gugur anda disebabkan oleh mendandan rambut dengan kerap (meluruskan dan kerintingkan) atau jika kerap mewarnakan rambut, sudah tiba masanya untuk menggunakan minyak rambut berasaskan kelapa secepat mungkin!

Tertanya-tanya bagaimana untuk mula "menjinakkan" rambut anda kepada kebaikan minyak rambut berasaskan kelapa?

Tidak perlu mencari lagi, ini senarai 5 kaedah boleh anda lakukan di rumah untuk mendapatkan semula kekuatan rambut dan mengucapkan selamat tinggal kepada rambut gugur:

1. Kelapa & madu

rambut 2

Madu membantu dalam mengekalkan kelembapan dan menambahkan kilauan pada rambut kita.

Masker rambut paling mudah ini berfungsi dengan baik untuk kesihatan rambut.

Apa anda perlu lakukan ialah tambahkan satu sudu besar minyak rambut berasaskan kelapa yang dipanaskan dan satu sudu besar madu asli dalam mangkuk.

Kacau rata sehingga campuran seperti suatu adunan terbentuk.

Seterusnya sapukan masker rambut ini pada kulit kepala serta pada rambut dan biarkan selama kira-kira 20 minit.

Bilas bersih dengan air suam untuk hasil terbaik.

2. Coco-lemon!

rambut 3

Lemon kaya dengan vitamin C yang membantu dalam penghasilan kolagen.

Kolagen memang sudah dikenali untuk meningkatkan pertumbuhan rambut.

Selain itu, sifat antikulat lemon berfungsi dengan baik untuk rambut berminyak dengan menjaga kulit kepala supaya bersih dan membuka liang tersumbat.

Untuk membuat masker ini, tambah satu sudu minyak rambut berasaskan kelapa dan satu sudu jus lemon ke dalam mangkuk dan campurkan.

Sapukan campuran ini pada rambut kering dan biarkan selama 15 minit kemudian basuh rambut dengan syampu rutin anda.

3. Kelapa & pisang

rambut 4

Satu lagi topeng rambut yang mudah dibuat melibatkan kelapa dan pisang.

Pisang menjadikan rambut kita lembut, mengekalkan keanjalan semula jadi dan menghalang hujung bercabang dan pecah.

Masukkan setengah pisang dan satu sudu besar minyak rambut berasaskan kelapa dalam pengisar dan kisar sebati.

Setelah satu pes terbentuk, masukkan ke dalam mangkuk dan urut kulit kepala anda dengannya.

Kemudian, biarkan selama 20 minit sebelum anda bilas dan gunakan syampu.

4. Kelapa & kuning telur

rambut 5

Jika berhadapan dengan masalah rambut menipis dan tidak bermaya - ini kaedah khas untuk anda!

Kuning telur kaya dengan vitamin yang membaiki helai yang rosak dan menghalang kerosakan rambut selanjutnya.

Untuk membuat masker ini, tambahkan satu kuning telur ke dalam mangkuk dan tambahkan dua sudu besar minyak rambut berasaskan kelapa padanya.

Campurkan dengan betul dan sapukan masker pada rambut lembap.

Disaran menggunakan topi mandi(shower cap) untuk mengelakkan pes daripada menitis.

Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air sejuk.

5. Amla, Shikakai & kelapa

rambut 6

Amla kaya dengan antioksidan dan vitamin C yang membantu mengekalkan kulit kepala yang sihat dan meningkatkan pertumbuhan rambut.

Selain itu, serbuk shikakai menguatkan akar rambut kita untuk mengelakkan patah.

Apabila dicampur dengan minyak rambut berasaskan kelapa, kita akan mendapat masker yang baik menyuburkan rambut dari dalam ke luar.

Untuk membuat masker ini, campurkan satu sudu jus amla dan serbuk shikakai bersama dua sudu besar minyak rambut berasaskan kelapa.

Gaulkan kesemuanya dan biarkan adunan itu mendidih.

Selepas itu, tapis dan biarkan seketika sehingga ia menjadi suam.

Urut masker ke rambut anda dan biarkan semalaman.

Basuh dengan syampu biasa anda gunakan seperti biasa pada keesokan harinya.

Walaupun terdapat lima jenis masker minyak rambut berasaskan kelapa, tetapi anda boleh melakukan cara lain dengan hanya mengurut minyak rambut berasaskan kelapa hangat dan membiarkannya semalaman juga boleh memberikan kebaikan kepada rambut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain