SIAPAPUN ingin memiliki kuku yang cantik dan bersih, baik yang menggunakan pewarna kuku mahupun nail art. Biasanya, apabila kuku dihiasi cat kuku atau nail art, pasti ramai antara kita rasa geram dengan kecantikan warna kuku yang mudah pudar atau terkelupas.ARTIKEL BERKAITAN: Berfesyen sambil tutup perut buncit! Ini 5 pilihan baju yang boleh dicuba oleh wanita Bagaimanapun, ia mungkin disebabkan oleh rutin harian kita sehingga menyebabkan hiasan dan warna pada kuku hilang tanpa disedari. Sebenarnya menjaga kecantikan kuku bukan mudah dan ada cara yang lebih sesuai untuk kekalkan ketahanan pewarna kuku disamping menjaga kesihatan kuku, termasuklah; 1. Kurangkan sentuh bahan pencuci Umum diketahui, sabun atau pelbagai jenis pencuci akan mengikis dan merosakkan cat pada kuku jari si pemakai. Seperti dalam drama Korea, kita sering melihat ketika mereka mencuci pinggan atau membersihkan rumah menggunakan sarung tangan, untuk mengelakkan iritasi pada kulit tangan dari sabun. 2. Pakai Top Coat Bukan hanya sekadar untuk menambahkan kesan glossy, tetapi top coat juga berfungsi agar pewarna kuku tetap kelihatan cantik dan tidak mudah rosak. Ingat, jangan malas menggunakan top coat kerana ia salah satu kunci untuk mendapatkan warna kuku dan gaya nail art anda lebih menarik dan terserlah. 3. Pakai sabun khas Setelah makan snack atau makanan lain menggunakan tangan, pastikan tidak lupa untuk mencuci tangan menggunakan sabun khusus. Jangan gunakan sabun cuci pinggan di dapur. Ini kerana, kandungan dalam sabun cuci pinggan boleh menghakis cat kuku anda, malah hand sanitizer untuk membasmi kuman juga tidak digalakkan memakai berlebihan ekoran alkoholnya yang boleh merosakkan dan mengeringkan cat kuku hingga tergelupas. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI