KEMUNCULAN produk kosmetik tiruan di pasaran tempatan dilihat tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan dan situasi itu amat membimbangkan. Ini kerana, penggunaan produk tiruan atau kosmetik timbang kilo yang tidak terkawal mampu mengancam nyawa serta memberi kemudaratan kepada kesihatan pengguna dalam jangka masa panjang.ARTIKEL BERKAITAN: Boleh ke guna air sejuk? Elak percaya 3 mitos tentang rawatan sendiri kulit terkena sunburn Apa lebih merisaukan, penggunaan bahan-bahan terlarang seperti hydroquinone, merkuri dan tretinoin antara yang dikesan paling banyak terdapat dalam produk timbang kilo di pasaran ketika ini. Justeru Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas produk kecantikan Charms, Nur Bashirah Hussin atau lebih dikenali dengan panggilan Mommy Syira mengingatkan pengguna tempatan supaya berhati-hati ketika membuat pilihan terhadap produk kecantikan di pasaran yang menjanjikan perubahan 'sekelip mata'. "Setiap produk kecantikan perlu diproses di kilang yang mempunyai kelulusan Amalan Pengilangan Baik (GMP), Kementerian Kesihatan (KKM) serta lulus ujian makmal sebelum di pasarkan kepada pengguna. Nur Bashirah Hussin tidak mahu menjual produk yang membahayakan kesihatan pengguna. "Saya berasa amat kecewa dan terkilan apabila masih ramai lagi pengguna yang mendapatkan produk kosmetik tiruan di pasaran yang dicemari kotoran dan berbahaya untuk kesihatan. "Bahan produk kosmetik timbang kilo ini kebiasannya tidak mengutamakan kebersihan serta mengandungi campuran bahan meragukan serta dihasilkan tanpa penyelidikan dan analisis makmal. "Disebabkan itu, ramai pengguna yang mengadu wajah mereka mengalami kegatalan, kulit makin berjerawat, menggelupas, kulit terbakar, melepuh dan muncul tompok hitam jeragat,” katanya. Tambah Mommy Syira, kandungan merkuri dan tretinoin yang tidak terkawal dalam produk kosmetik timbang kilo bakal memberi risiko tinggi kepada pengguna apabila berdepan masalah seperti ruam dan iritasi pada kulit, juga penyakit kronik seperti buah pinggang dan kerosakan saraf. Menyedari masalah yang semakin membelenggu pengguna tempatan terutama kaum wanita yang sinonim dengan kecantikan, Charms tampil memberikan yang terbaik kepada para pengguna dalam masa sama tidak mengabaikan kualiti produk serta menitikberatkan soal keselamatan produk. Justeru, bagi memastikan pengguna terus yakin dengan keberkesanan produk keluarannya, pihaknya kini sedang bekerjasama dengan Pusat Penyelidkan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) bagi menjalankan kajian analisa produk mengenai anti penuan, komposisi kimia serta validasi halal terhadap kesemua produk kecantikan jenama itu. Kerjasama yang terjalin menjadi titik permulaan ke arah industri lebih baik. Menurutnya, kajian dan analisa produk yang menelan kos lebih RM50,000 itu akan mengambil masa selama enam bulan sejak November lalu sebelum keputusan ujian dikeluarkan. "Pihak UTHM juga akan mengambil masa 18 bulan bagi menerbitkan jurnal berkaitan serta memasuki pertandingan produk kosmetik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Keseluruhan kos yang berjumlah lebih RM50,000 akan digunakan dalam menjayakan keseluruhan projek ini. "Kerjasama dua hala ini juga selaras dengan saranan kerajaan Malaysia dalam melahirkan tenaga mahir mencukupi yang sesuai dengan keperluan sektor dimana para pelajar UTHM akan menjadi pembantu penyelidik dalam kajian yang dijalankan seterusnya mereka bakal menimba pengalaman sebelum ke dunia sebenar. "Pihak Charms berharap jalinan kerjasama ini sentiasa berterusan dan menjadi titik permulaan ke arah industri pengusaha produk yang lebih baik,"katanya. Charms adalah produk kosmetik dan penjagaan wajah yang terbukti secara saintifik, selamat digunakan serta efektif. Produk dihasilkan dari bahan-bahan selamat, bersih dan halal mengikut syarak serta mendapat pengiktirafan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), bernotifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Charms mula diperkenalkan sejak tahun 2012 dan kian mendapat sambutan hangat saban tahun bukan saja dari Malaysia, malah Singapura, Brunei, Arab dan negara lain. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI