suria

Geng diet pasti nak tahu... ada 8 petanda berat badan mulai turun, jom semak!

Kurang berasa lapar merupakan antara faktor seseorang mengalami penurunan berat badan yang baik.

FENOMENA menguruskan badan atau menurunkan berat badan sudah menjadi trend dalam pelbagai lapisan masyarakat, ini berikutan orang ramai ingin mendapatkan berat ideal disamping mengubah kehidupan ke arah lebih baik.

Pun begitu, masa yang diambil untuk menurunkan berat badan adalah berbeza-beza bagi setiap orang, walaupun pelbagai faktor mempengaruhi penurunan berat badan, salah satunya adalah pemakanan kurang konsisten.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak susah dapatkan kehidupan berkualiti, 6 cara mudah ini mampu jadikan diri anda sihat dan bahagia

Memetik Very Well Fit, kebiasaannya pada minggu pertama diet, secara amnya seseorang tidak akan melihat perubahan besar dalam badan. Perubahan biasanya mula dirasai pada minggu kedua hingga minggu ketiga, seperti badan yang lebih ringan.

Menjelang minggu keempat, anda biasanya mula kehilangan sedikit berat badan faktor corak pemakanan yang dilakukan semasa diet mula terasa seakan rutin biasa.

Bagaimanapun, sila ambil perhatian, ciri-ciri ini bukan sahaja dapat dilihat secara fizikal, tetapi juga pelbagai faktor lain, termasuklah;

1. Jarang berasa lapar

Pengambilan makanan yang lebih banyak kandungan protein semasa diet dan mengurangkan pengambilan lemak dan karbohidrat, mungkin anda akan berasa kenyang lebih lama.

Ia juga membuatkan seseorang itu tidak berasa lapar, ini berlaku kerana asid amino dalam protein menghantar isyarat kenyang ke otak.

2. Berasa lebih baik secara psikologi

Menurunkan berat badan akan memberi kesan kepada kesihatan psikologi dan perubahan mood.

Pelbagai kajian yang dilakukan mendapati orang yang mengikuti program diet dapat mengawal perasaan sedih, kemurungan dan kebimbangan.

3. Otot lebih tegang

Otot yang semakin tegang juga merupakan petanda program diet berjalan dengan baik. Bagaimanapun, seberapa cepat perubahan otot bergantung pada jenis senaman yang anda lakukan.

Kajian pada tahun 2019 mendapati bahawa wanita lebih cenderung untuk membina jisim otot di kaki mereka apabila mengikuti program diet ditambah dengan senaman yang kerap.

4. Sakit-sakit di badan berkurangan

Berat badan berlebihan secara amnya menyebabkan kesakitan dipelbagai kawasan, terutamanya pada bahagian badan yang menanggung berat seperti kaki dan punggung bawah.

Namun secara teorinya, apabila diet berjalan dengan baik, kesakitan yang dialami tubuh akan berkurangan secara perlahan-lahan.

5. Tekanan darah menurun

Umumnya, berat badan berlebihan mempunyai kesan negatif terhadap tekanan darah, kerana ia terdedah kepada tekanan darah tinggi.

Namun, amalan diet yang teratur boleh menyebabkan tekanan darah menurun. Apabila seseorang menurunkan berat badan, ia dapat mengurangkan tekanan pada jantung selain mengembalikan tekanan darah ke paras normal.

6. Kurang berdengkur

Penyelidik mendapati individu yang mengalami masalah sindrom metabolik seperti obesiti mempunyai kecenderungan untuk berdengkur yang boleh mencetuskan penambahan berat badan.

Atas dasar itu, penurunan berat badan sering digunakan sebagai terapi untuk orang yang mempunyai tabiat berdengkur.

7. Mood bertambah baik

Seseorang yang mengamalkan diet yang sihat juga boleh meningkatkan mood selain badan terasa lebih bertenaga.

Ia berlaku kerana penurunan berat badan yang berkurangan malah anda mendapat saiz badan ideal yang boleh mempengaruhi mood seharian.

8. Pakaian lebih longgar

Pakaian yang semakin longgar merupakan salah satu ciri diet seseorang itu berjalan dengan baik, walaupun memakan masa yang agak lama.

Ini bermakna anda mengalami penurunan berat badan dan perubahan saiz badan menjadi susut terutamanya di bahagian pinggang dan lingkaran perut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain