suria

Nak popular, mudah je... 5 taktik ini bantu anda lebih dikenali di media sosial

Media sosial seperti TikTok, Instagram, Youtube, Twitter dan Facebook antara platfom untuk memulakan karya kreatif. - Gambar Instagram @kkmn99 @_jjang.e

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, media sosial menjadi saluran utama untuk pengguna tampil dengan bakat kreatif sehingga mendapat jutaan tanda suka dan tontonan.

Malah, ada pencipta kandungan mendakwa mereka memiliki puluhan ribu pengikut dan mendapat kiriman mesej secara peribadi di akaun media sosial sehingga tidak menang tangan untuk memberi respon.

ARTIKEL BERKAITAN: Berfesyen sambil tutup perut buncit! Ini 5 pilihan baju yang boleh dicuba oleh wanita

Pun begitu, media sosial seperti TikTok, Instagram, YouTube, Twitter dan Facebook antara sebab utama mengapa ramai yang mendaftar untuk menjadi pengguna selain merasai keseronakan, mereka juga boleh menjadi diri sendiri.

Tidak hairanlah, di arus pemodenan ini rata-rata pengguna akaun ada sahaja yang cepat tular, pengikut bertambah, malah mudah dikenali ramai.

Bagaimanapun, terdapat beberapa cara untuk mudah dikenali ramai di media sosial selain tampil berfesyen, hal berkaitan kecantikan, kesihatan atau masakan, ia perlu diteliti melalui kaedah asas, termasuklah;



Belajar membuat kandungan antara langkah pertama yang perlu dilakukan jika ingin menjadi stylish. - Sumber @hidayah.gn

1. Belajar buat content

Anda boleh bermula membuat kandungan video yang mudah, dengan hanya menggunakan telefon bimbit..

Pada masa ini, terdapat banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk menambah kreativiti dan kandungan unik. Terdapat juga banyak pencipta kandungan yang berkongsi tutorial mudah khas buat newbie.

Sudah tentu, sebarang aplikasi yang digunakan memerlukan latihan yang berterusan disamping mengikuti beberapa teknik asal yang perlu dikuasai terlebih dahulu dari segi pengambilan gambar dan video, editing serta jalan cerita atau story telling.



Dalam berkarya, seseorang perlu memberikan komitmen disamping konsisten dalam pelbagai pekerjaan yang dilakukan. - Sumber @kcw.96

2. Komitmen dan konsisten

Jangan bersedih jika kandungan yang anda buat ternyata gagal. Kegagalan itu sendiri adalah satu proses untuk anda menjadi terkenal.

Anda juga perlu konsisten dalam semua bentuk proses pembelajaran, supaya ilmu yang dikuasai mudah dilakukan di masa akan datang.

Tidak perlu risau tentang bilangan suka atau tontonan, lebih baik fokus pada penerokaan jenis kandungan yang anda ingini dan kekal kreatif berterusan.



Menampilkan keunikan diri dalam media sosial antara sebab anda mudah dikenali ramai. Sumber @jpbrinx

3. Ketengahkan keunikan diri

Perkara lain yang diperlukan oleh pencipta kandungan ialah penjenamaan peribadi. Kuatkan ciri-ciri anda sendiri dengan meneroka minat terlebih dahulu, kemudian kembangkan ia sebagai bahan kandungan utama.

Anda juga boleh mendapatkan rujukan tambahan daripada pencipta lain, membaca buku dan melayari internet untuk memudahkan lagi anda berkarya.

Bagaimanapun, anda perlu mengambil kira dari segi cara anda mengetengahkan diri dalam media sosial. Jangan sering mengubah perwatakan sehingga pengikut menjadi keliru.



Tampil memakai topeng mask antara keunikan diri seseorang hingga pengikut sentiasa tertanya-tanya akan dirinya. - Sumber @_jjang.e

4. Tampil misteri di media sosial

Antara sebab mengapa perlu tampil misteri di media sosial selain faktor peribadi, ada juga yang mendakwa supaya orang ramai tertanya-tanya mengenai diri anda yang sebenar.

Pun begitu, menjadi seorang yang misteri seperti sentiasa tampil mengenakan pemakaian topeng muka juga adalah unik, kerana mudah untuk mendapatkan pengikut yang ramai.

Namun, jika anda sudah berada di spotlight, elakkan mengambil kesempatan terhadap pengikut untuk membuat kesalahan seperti mengaburi mereka dengan kata-kata manis dan meminta wang, menculik dan kegiatan jenayah yang lain.



Kebiasaannya seseorang memerlukan kamera sebagai alat persediaan jika berlaku kerosakan pada telefon bimbit. Sumber @seungjuuuuuuu

5. Dapatkan kamera dan mula buat content

Ramai orang berasa gagal sebelum mereka bermula, sedangkan dalam dunia penciptaan gambar dan video itu setiap daripada mereka yang berjaya pernah bermula dari bawah.

Jika ingin dikenali, anda harus berani tampil dan menguji diri melalui asas minat masing-masing. Jauhkan fikiran negatif dan jangan takut untuk mencuba.

Selain itu, buka minda supaya dapat menerima kritikan yang membina dengan baik. Seperti meminta maklum balas daripada rakan rapat mengenai kandungan yang anda buat dan minta mereka berkongsinya di akaun media sosial peribadinya selain mendapat pengikut yang ramai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain