suria

Bukan hanya muka, ketahui bahagian lain tubuh mudah tumbuh jerawat

Jerawat boleh menyebabkan ketidakseimbangan emosi seseorang malah mengganggu aktiviti seharian.

JERAWAT sering kali tumbuh di kawasan utama seperti muka yang menyebabkan seseorang hilang keyakinan diri untuk tampil di hadapan orang ramai.

Ia bukan sahaja menyebabkan ketidakseimbangan emosi seseorang, malah boleh mengganggu aktiviti seharian sehingga mengalami tekanan dan mudah marah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingin awet muda di usia tua? Lakukan 4 langkah ini cegah penuaan seawal remaja

Pun begitu, pelbagai kajian mengatakan bahawa jerawat bukan sahaja tumbuh di sekitar kawasan wajah. Tetapi ia boleh mucul di tempat yang tertutup.

Bagaimanapun, terdapat beberapa kawasan yang boleh ditumbuhi jerawat pada badan seseorang tanpa disedari, termasuklah;

Jerawat tumbuh di Lengan dan Bahu

1. Lengan dan bahu

Kawasan seperti lengan dan bahu biasanya dilitupi oleh pakaian yang dipakai dan dalam keadaan cuaca panas boleh menyebabkan ia menjadi lembab.

Menurut laman GQ, pengeluaran minyak yang berlebihan dan sel kulit mati yang tidak dibersihkan secara optimum boleh menyumbat pori-pori di kawasan ini.

Akibatnya, jerawat mudah tumbuh di lengan atau bahu anda sehingga tidak disedari bahawa jerawat itu semakin tumbuh membesar dan berasa pedih.

Jerawat boleh menyebabkan ketidakseimbangan emosi seseorang malah mengganggu aktiviti seharian.

2. Belakang badan

Selain muka, bahagian belakang badan adalah kawasan biasa untuk ditumbuhi jerawat. Pun begitu, punca utama gejala itu ekoran sel kulit mati yang tidak dibersihkan hingga menyumbat pori-pori.

Keadaan itu berlaku atas beberapa faktor seperti berpeluh selepas bersenam, pakaian yang ketat, perapi rambut yang tidak dibersihkan sepenuhya dikawasan badan.

Jerawat di belakang juga boleh disebabkan urutan mandian tidak betul, namun cara mandian yang tepat perlulah diikuti dengan scrub wajah dan badan, syampu dan perapi, seterusnya menggosok gigi, dan membasuh seluruh badan serta mencuci muka.

Jerawat tumbuh di tepi Bibir

3. Tepi bibir

Selain itu, kemunculan jerawat di tepi bibir bukanlah suatu fenomena yang sering berlaku. Namun, kadang kala apabila suatu benjolan merah dan bernanah timbul di kawasan bibir akan menyebabkan seseorang hilang keyakinan diri.

Seperti yang diterangkan Glamour, orang ramai sering menganggap jerawat yang muncul di tepi bibir adalah keadaan yang sangat teruk disamping tidak boleh di tutupi dari pandangan khalayak.

Pasti sahaja ketika di tumbuhi jerawat di kawasan itu, akan mengganggu aktiviti seharian misalnya bercakap dengan orang lain atau ketika makan.

LEAD IMAGE, jerawat tumbuh di kemaluan

4. Faraj, testis dan punggung

Berbeza dengan jerawat yang muncul di muka, jerawat di bahagian punggung dan kemaluan mungkin tidak mengganggu penglihatan.

Walaupun begitu, pasti anda tidak ingin kedua-dua tempat ini ditumbuhi jerawat. Namun menurut, Pengarah Perubatan Dermatologi di Toronto, Julia Carroll, jerawat yang tumbuh di mana-mana bahagian badan pada asasnya adalah sama, kerana ia berasal dari kelenjar sebum dan sangat menjengkelkan.

"Di kawasan faraj dan buah zakar, anda mungkin hanya melihat ketulan kecil, tetapi jika jerawat membesar ia akan menjadi lebih merah dan menyakitkan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain