suria

Gabungan kopi dan fesyen! 10 rekaan RTW kolaborasi Khatreena-Moccona untuk mood, personaliti berbeza

Kolaborasi antara Khatreena dengan Moccona Malaysia sempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2022 baru-baru ini.

DAPATKAH anda bayangkan bagaimana kolaborasi antara kopi dengan fesyen?

Mungkin kedengaran agak janggal namun gabungan fesyen dengan salah satu minuman paling popular di dunia ini diterjemahkan dengan penuh unik dan harmoni oleh pereka fesyen tempatan terkenal, Yang Amat Mulia (YAM) Sharifah Khatreena Nuraniah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menerusi kolaborasi antara pengasas Khatreena itu dengan Moccona Malaysia, sebuah jenama kopi di bawah Jacobs Douwe Egberts Rtl Sfm My Sdn Bhd, ia menampilkan koleksi sedia-untuk-dipakai (ready to wear) yang berinspirasikan kopi di runway Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2022 baru-baru ini.

Koleksi yang berinspirasikan Moccona pada tahun ini sememangnya sesuatu yang istimewa di mana Khatreena membawakan sifat kopi dalam bentuk penyataan fesyen menerusi 10 jenis gaya sedia-untuk-dipakai.

ARTIKEL BERKAITAN: Bride 6.0 buah tangan Wanzar untuk raja sehari... 24 rekaan gaun gabungan konsep tradisional, minimalis serlah keanggunan pengantin

Fabrik beralun lembut menurut tona Moccona terserlah pada kesemua 10 rekaan Khatreena di mana setiap helaian boleh dipakai oleh mana-mana wanita sebagai sebahagian daripada gaya peribadi mereka.

moccona 1

Khatreena membawakan sifat kopi dalam bentuk penyataan fesyen menerusi 10 jenis gaya sedia-untuk-dipakai.

Dalam kolaborasi tersebut, intensiti kopi Moccona yang diperlihatkan dalam bentuk penyataan fesyen didatangkan dalam tiga varian iaitu 'nombor 5', 'nombor 8' dan 'nombor 10'.

"Intensiti kopi yang pelbagai ini menggambarkan perbezaan personaliti dan mood yang berlainan mengikut seseorang individu pada sesuatu hari.

"Ada masa yang kita inginkan sesuatu yang lebih kuat, manakala ada masa yang kita inginkan sesuatu yang lebih ringan.

"Sama seperti fesyen, cara pemakaian kita berbeza mengikut hari kerana ia memainkan peranan dalam mencipta detik yang tidak dapat dilupakan, sama ada untuk menghadapi kesibukan pada waktu pagi atau untuk keluar pada waktu malam bersama yang tersayang.

"Konsep ini merupakan asas bagi rekaan Khatreena untuk kolaborasi ini di mana varian fesyen yang pelbagai mencerminkan kenangan yang ingin dicipta buat hari yang tertentu," kata Ketua Pemasaran JDE Coffee Malaysia, Phoon Shi Fun.

Untuk maklumat lanjut berkaitan kolaborasi antara Moccona Malaysia dengan Khatreena, boleh layari https://www.moccona.my/ atau di saluran Facebook dan Instagram MocconaMalaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain