suria

Sedap dimakan, jadi aksesori pun comel! Ada ke yang berani pakai subang handmade nasi lemak, ketupat?

MAKANAN dan fesyen merupakan dua perkara berbeza, namun apa yang akan berlaku jika digabungkan kedua-duanya?

Penyatuan dua elemen itu menjadikan jenama akesori fesyen tempatan, Miss Dainty Co. unik dan berbeza, sekali gus meraih peminatnya yang tersendiri.

Antara yang paling mencuri tumpuan tentunya koleksi subang berbentuk teh tarik, nasi lemak, durian, mi kari, ketupat, cendol dan macam-macam lagi.

wikhie1

Antara koleksi menarik yang dijual oleh Wikhe.

Menurut pengasas dan pereka jenama itu yang dikenali sebagai Wikhe, 31, idea berkenaan datang secara spontan berdasarkan apa yang dilalui dalam kehidupan sehariannya.

"Inspirasi ini datang daripada apa yang kita lihat dan makan setiap hari. Selain itu, saya sering bertanya kepada pengikut di Instagram, apa yang mereka mahu saya hasilkan?

"Dengan trend masa kini yang sangat sengit, saya perlu tampil dengan koleksi yang lebh unik," ujarnya yang menetap di ibu negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Gabungan kopi dan fesyen! 10 rekaan RTW kolaborasi Khatreena-Moccona untuk mood, personaliti berbeza

Menggunakan material tanah liat polimer, Wikhie berkata proses penghasilan aksesori secara handmade itu bermula dengan proses mencapurkan warna, membentuk aksesori mengikut idea asal sebelum dikeraskan menggunakan ketuhar.

Menurut Wikhe yang mula berkarya sejak tahun 2015, dia juga hanya belajar melalui internet sebelum membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai kerjaya utama ketika pandemik Covid-19.

"Dulu saya nak beli sepasang subang berbentuk ikan jerung. Harganya RM300. Saya rasa ia terlalu mahal. Jadi saya buat carian Google, saya cari kaedah untuk buat subang sendiri.

wik2

Subang berbentuk ketupat, Mamee Monster dan bungusan nasi lemak menambah 'warna' dalam penampilan seseorang.

"Menggunakan tanah liat polimer, saya adunkan warna, buat bentuk sebelum bakar di dalam ketuhar untuk mengeraskannya. Setiap subang mengambil masa yang berbeza-beza.

"Subang nasi lemak contohnya, ia mengambil masa yang panjang kerana banyak perincian seperti sambal, ikan bilis dan kacang yang perlu saya buat secara satu persatu.

"Dulu masa tahun 2015 sata buat secara sambilan. Selepas berhenti kerja korporat, perusahaan ini menjadi mata pencarian utama saya," ujar Wikhe lagi.

wik3

Menurut Wikhe, aksesori rekaannya turut mendapat tempahan dari luar negara.

Bukan sahaja mendapat sambutan menggalakkan di pasaran tempatan, akesori comel dan unik yang dihasilkan Wikhie kini turut menerima tempahan daripada pelanggan luar negara.

"Dua bulan lalu salah satu video subang saya tular di TikTok. Kebanyakan hasil jualan terkini datang daripada TikTok. Aksesori yang saya jual bermula pada harga RM35 sehingga RM88.

wik4

Pereka itu mula aktif menghasilkan karya comel sejak tahun 2015.

"Selain Malaysia, aksesori saya juga sudah dijual sehingga ke Australia, Hong Kong dan Singapura," ujarnya yang merancang membuka bengkel pengajaran suatu masa nanti.

Selain subang, Wikhe turut menghasilkan jarum peniti, keychain dan batch pin, mengikut permintaan khusus para pelanggannya.

Antara koleksi yang turut mendapat sambutan termasuklah subang makanan ringan popular Supering, Mamee Monster, sushi, lollipop, karakter Spongebob, ketam, ikan, pizza, cengekerang dan banyak lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain