suria

Dulu orang miskin je pakai, selipar botol dijangka jadi fesyen jenama mewah tak lama lagi

Ramai tidak berpuas hati sekiranya rekaan selipar botol itu benar-benar dikeluarkan tidak lama lagi. Foto: Instagram Neon Dazer.

FOTO selipar botol yang dikongsi oleh seorang pereka digital dikenali sebagai Neon Dazer mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Ia dikatakan mirip rekaan selipar botol yang sebelum ini pernah dipakai oleh penduduk di negara miskin seperti Afrika.

Menurut Neon Dazer, ia merupakan foto rekaan konsep sahaja, namun dia tidak terkejut sekiranya jenama fesyen gergasi seperti Balenciaga akan menirunya tidak lama lagi.

balenciaga2

Rekaan konsep oleh Neon Dazer meraih perhatian ramai.

"Apabila saya dapat idea rekaan ini, awalnya saya rasa lucu. Tapi saya tak terkejut sekiranya Balenciaga akan tampil dengan rekaan sebegini pada masa akan datang," ujarnya di Instagram.

Seorang individu di ruangan komen turut senada dengan pereka itu dan berpendapat golongan kaya pasti akan membelinya atas dasar jenama semata-mata.

"Saya lihat di sini percubaan untuk meramal sejauh mana fesyen moden boleh pergi. Dari sudut rekaan, ia merupakan jenaka kepada budaya membeli secara berlebih-lebihan, bermakna orang kaya akan berbelanja besar untuk selipar ini semata-mata kerana label jenamanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar kasut getah, Crocs tampil rekaan bersama jenama mewah Balenciaga

"Pada masa sama, orang miskin yang tiada sumber akan membuat rekaan selipar sama kerana ia keperluan mereka. Konsep ini menunjukkan betapa mengarutnya dunia kita," tulis seorang pelayar Instagram.

Foto rekaan konsep itu turut tersebar di laman Twitter sehingga mengundang pelbagai lagi reaksi netizen yang rata-ratanya tidak setuju jika ia benar-benar dihasilkan kelak.

balencaga3

Rekaan itu dikatakan mirip dengan selipar botol penduduk negara miskin.

"Pada saat ini, mereka tidak lagi menghormati gelandangan serta negara yang sedang menderita.

"Ini adalah ciptaan paling buruk saya pernah lihat.

"Baik ambil botol air mineral je," tulis beberapa netizen di Twitter.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain