FESYEN sentiasa berevolusi dengan rekaan-rekaan baharu yang mungkin tidak pernah terjangkau dek akal kita. Begitulah juga kisahnya mengenai seorang pereka aksesori hiasan dan barang kemas yang mula membuat aksesori daripada air mani atas permintaan para pelanggannya. Amanda Booth yang juga seorang pengukir sering menerima sampel air mani daripada pelanggannya sebelum ia diproses dan dibentuk menjadi aksesori hiasan seperti loket dan sebagainya. Selain air mani, Amanda turut menghasilkan barang kemas daripada sampel susu ibu. Jelasnya, dia akan membuat campuran tanah liat dan air mani bagi menghasilkan barang perhiasan itu. Dia menyahhidratkan sampel itu, mengubahnya menjadi serbuk dan kemudian memasukkannya ke dalam sekeping barang kemas dalam bentuk manik tanah liat. ARTIKEL BERKAITAN: Dulu orang miskin je pakai, selipar botol dijangka jadi fesyen jenama mewah tak lama lagi Dia mendapati bahawa "sekurang-kurangnya satu sudu teh" air mani adalah jumlah yang tepat untuk menghasilkan barang kemas itu. Sejak Amanda memulakan perniagaan barang kemasnya tahun lepas, dia berjaya meraih 118,000 pengikut TikTok. Amanda mendedahkan bukan sahaja air mani, malah dia turut menerima sampel susu ibu dan abu mayat untuk membuat barangan perhiasan. Jelas Amanda lagi, dia sedar ada pasaran untuk barangan perhiasan unik itu selepas berkongsi mengenainya di media sosial. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI