DALAM zaman serba moden hari ini, kaum Adam semakin mengambil berat tentang kesihatan dan kebersihan rambut mereka. Sinonim dengan rambut pendek, namun gaya rambut panjang juga sering menjadi pilihan kebanyakan lelaki sejak sekian lama. Berikut kami kongsikan beberapa tip untuk lelaki yang mahu menyimpan rambut panjang. 1. Cuci rambut Semakin panjang rambut, maka semakin rumitlah teknik penjagaannya. Kenali rambut anda dan carilah shampoo yang bersesuaian. Paling penting, cuci rambut secara berkala untuk mengelakkan sebarang masalah seperti bau yang tidak menyenangkan. Sentiasa jaga kekemasan rambut agar anda tidak kelihatan kusut. Foto: Dmitry Zvolskiy from Pexels. Tapi harus diingat, jangan guna shampoo berlebihan kerana ia akan menghilangkan minyak semula jadi pada kepala anda. 2. Air sejuk Air yang sejuk bukan sahaja menyegarkan kulit kepala, malah ia juga boleh membersihkan kutikel atau kulit ari kepala anda. ARTIKEL BERKAITAN: Tarik rambut sampai dengar bunyi meletup legakan sakit kepala? Pakar jelaskan bahaya trend 'scalp popping' Ia juga berupaya menyingkirkan sebarang sisa produk dari kulit kepala tanpa menghilangkan kelembapan sepenuhnya. 3. Trim Biarpun anda menyimpan rambut panjang, penjagaan untuk kekemasan juga sangat penting. Sesekali, anda boleh trim bahagian rambut yang berlebihan agar ia sentiasa kelihatan rapi. 4. Produk Selain shampoo, anda juga boleh menggunakan produk lain untuk mengekalkan kesihatan rambut. Terdapat ratusan produk yang berada di pasaran, tapi carilah produk yang bersesuaian. Jangan tersilap pilih produk rambut, buruk padahnya nanti. Foto: StyleSeat. Jika tersilap pilih produk, ia berupaya membawa risiko kerosakan seperti rambut berbuah, kekeringan kulit kepala, rambut bertukar keras dan sebagainya. 5. Yakin Paling penting, lelaki harus yakin jika mahu menyimpan rambut panjang. Banyak gaya yang boleh diolah jika anda mempunyai rambut panjang. Kalau tak reti, boleh rujuk video tutorial di YouTube. Sekiranya ada yang memandang serong, menganggap anda sebagai lelaki berperwatakan wanita atau bersifat lembut kerana menyimpan rambut panjang, abaikan saja mulut mereka. Flip your hair dan terus berlalu! Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI