suria

Hijab bukan penghalang berfesyen! 3 influencer wanita jadi inspirasi, makin cantik bila jaga aurat

Soha berani mencuba pelbagai corak pakaian biarpun dirinya berhijab.

SESETENGAH wanita beranggapan mereka tidak mempunyai banyak pilihan fesyen apabila tampil bertudung.

Selain sukar untuk mencari pakaian cantik yang menutup aurat, mereka juga takut untuk bergaya berlebihan sehingga merosakkan imej muslimah.

Kali ini, mStar senaraikan tiga influencer berhijab yang mungkin boleh menjadi inspirasi anda dalam berfesyen.

1. Soha Mohamed Taha

Dikenali sebagai Toha, wanita ini merupakan influencer fesyen yang berpangkalan di Dubai. Dia juga merupakan seorang blogger.

mode soha 2

Antara fesyen menarik yang digayakan Soha.

Soha memiliki lebih 800,000 pengikut di Instagram yang menjadi platform untuk dia berkongsi pelbagai gaya menarik dan sopan.

Soha sememangnya berani mengambil risiko, pada masa sama dia masih mengekalkan kesopanan sebagai wanita bertudung.

2. Omaya Zein

Senyuman manis yang terukir pada wajah Omaya Zein membolehkan dia menarik perhatian ramai individu sehingga meraih lebih 1.4 juta pengikut di Instagram.

Bagi wanita yang menggemari gaya polos dan minimalis, mungkin halaman Instagram Omaya boleh menjadi inspirasi utama buat anda.

moda omaya 1

Omaya menjadi rujukan buat wanita bertudung yang gemarkan pakaian ringkas dan sopan.

Kebanyakan persalinan yang digayakan olehnya sangat ringkas, namun ia tetap membawa imej classy dan chic!

Pada masa sama, elemen kesopanan wanita muslimah masih terjaga.

Selain fesyen, Omaya juga menjadikan Instagram sebagai platform untuk berkongsi mengenai kecantikan dan pelancongan.

3. Heba Jalloul

Dikenali sebagai Heba Jay, influencer fesyen dari New York ini mempunyai lebih 141,000 pengikut di Instagram.

mode heba 1

Antara fesyen menarik yang digayakan Heba.

Heba juga merupakan seorang blogger. Pada masa sama, dia sering memuat naik video tutorial pemakaian hijab menerusi saluran YouTube miliknya.

Selain idea fesyen, paparan di Instagram Heba juga boleh menjadi inspirasi untuk anda merakam foto yang menarik dalam konsep retro klasik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain