suria

8 tahun berehat, Kay Kwok kembali ke Minggu Fesyen London dengan rekaan luar biasa... Berani ke nak pakai?

Antara rekaan Kay Kwok yang diperagakan baru-baru ini. Foto: London Fashion Week.

SELEPAS lapan tahun menyepi, pereka China, Kay Kwok kembali ke Minggu Fesyen London dengan nafas baharu apabila memperkenalkan semula jenamanya sebagai KWK by KAYKWOK.

Elemen pendigitalan menjadi teras kepada jenama itu dalam rekaan penuh interaktif, menyerlahkan idea yang menggabungkan pencetakan tiga dimensi (3D) dalam koleksi kali ini.

Ia dapat dilihat menerusi reka bentuk badan yang besar, diserlahkan dengan warna yang menyerlah seperti gula-gula.

kay3

Rekaan moden dengan warna menarik yang menjadi pertaruhan Kay Kwok kali ini. Foto: London Fashion Week.

Cetakan yang berat bersama bentuk dramatik ternyata menyerlahkan rekaan Kay Kwok yang memaparkan kebebasan gender serta ekspresi diri.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 pakaian wajib dimiliki setiap lelaki... ringkas tapi seksi, pasti ramai tergoda!

Mengetepikan standard kecantikan tradisional, KWK by KAYKWOK meraikan semua manusia sebagai makhluk yang cantik, huru-hara, bercanggah dan rumit dalam setiap rekaannya kali ini.

kay1

Hanya mereka yang berani sahaja mampu menggayakan busana ini. Foto: London Fashion Week.

Menurut Show Studio, Kay Kwok pertama kali memperagakan koleksiknya di Minggu Fesyen London pada tahun 2013.

Berpangkalan di Hong Kong, dia menuntut ilmu di Politeknik Hong Kong sebelum melanjutkan pengajian ke Kolej Fesyen London.

Antara fakta menarik mengenai Kay Kwok, dia juga pernah menjalani latihan praktikal bersama pereka ikonik dunia, mendiang Alexander McQueen.

Koleksi rekaan graduasinya pernah mendapat tempat pertama dalam pertandingan fesyen antarabangsa Mittelmoda, menjadikan dia pereka China pertama meraih pengiktirafan itu dalam 20 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain