suria

5 inspirasi fesyen jalanan untuk lelaki, yang berusia pun boleh cuba!

Gaya jalanan lebih menarik jika anda bijak 'mix and match'.

TAMPIL dengan gaya jalanan merupakan style kegemaran anak muda.

Sebenarnya ia juga sesuai digayakan mereka yang sudah berusia, bukan hanya tampak muda tapi lebih versatil!

Selain ringkas dan kasual, anda dilihat seolah-olah mempunyai aura tersendiri seterusnya menjadi perhatian umum.

Bagi anda yang suka dengan gaya ini, ikuti lima konsep dan tip yang mStar senaraikan!

shirt denim

1. Baju T dan denim

Paling mudah dan sering digayakan adalah baju T berwarna putih bersama jaket dan seluar denim.

Rata-rata anak muda akan memakai kasut berwarna sedondon dengan baju T bagi menampak imej mewah.

Padankan juga dengan jam tangan serta waist bag bagi menyerlahkan penampilan anda.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil muda, stylo dengan 5 gaya crop top ini... mampu buat anda nampak tinggi!

flannel

2. Baju flannel

Baju flannel tidak pernah mengecewakan kaum adam apabila mereka cuba mix and match pakaian.

Kadang kala wanita juga gemar mengenakan gaya ini kerana kelihatan sempoi dan mudah tetapi tetap stylo.

Style seperti ini sesuai untuk anda yang ingin menghabiskan masa di pusat beli belah atau menonton wayang.

jaket kemeja

3. Padanan jaket kulit dan kemaja

Kaum lelaki juga ingin kelihatan semi-formal ketika di pejabat bukan? Apa kata anda mencuba padanan jaket kulit dengan kemeja yang berwarna kontra.

Sesuaikannya dengan seluar jenis khakis dan boots.

Penampilan anda ke pejabat pasti mengasyikkan, awas ya jika anda bujang!

jogger

4. Jogger dan baju T

Untuk kelihatan santai atau melancong di kawasan urban sambil menyaksikan keindahan lukisan mural, anda boleh mencuba padanan jogger dan baju T polos.

Menggunakan warna yang kontra dan terang akan memberi nilai tambah pada penampilan.

Sesuaikan gaya ini dengan sneakers kegemaran anda!

bomber

5. Bomber jacket

Penggunaan jaket jenis ini pernah trending suatu ketika dulu. Namun ia bukan bererti fesyen ini sudah lapuk ya!

Anda boleh jadikan outfit sebagai pakaian harian dan kekal simple.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain