suria

Ubah imej berambut panjang! Ini 5 gaya dandanan rambut pendek sesuai semua bentuk muka

Selebriti antarabangsa juga gemar menggayakan rambut pendek.

MUNGKIN anda merasakan gaya rambut panjang sahaja yang membuatkan wanita tampil menawan dan anggun.

Malah ada yang sanggup berhabisan ratusan ringgit demi mengekalkan kecantikan rambut yang panjang.

Bagi yang belum pernah mencuba style rambut pendek, ini lima cara dandanan yang menarik untuk digayakan. Ia juga sesuai dengan apa sahaja bentuk muka anda.

Rambut pendek juga mempunyai daya tarikan tersendiri ya! Artis juga tidak ketinggalan.

Blunt wavy

1. Blunt wavy bob dengan bang

Jika anda bosan dengan gaya rambut bob lurus, style beralun ini adalah pilihan tepat untuk dicuba.

Cara dandanannya juga mudah dan tidak memerlukan belanja besar seperti rambut panjang kerana hanya alat pengering rambut diperlukan.

Pilin rambut dengan longgar, kemudian lepaskan perlahan.

scrunched bob

2. Scrunched bob

Bagi anda yang gemarkan gaya simple dan sederhana serta tidak menonjol, cubalah gaya rambut scrunched bob ini.

Membuat rambut menjadi sedikit ber'volume' dengan pengering agar penampilan lebih dinamik.

sleek pixie cut

3. Sleek pixie cut

Konsep ini sangat sesuai untuk anda yang inginkan penampilan stylo dan matang.

Ia juga menjadikan anda sentiasa kelihatan rapi dalam apa jua keadaan.

Bagi menyerlahkan gaya, sikat sahaja rambut anda dari arah tepi.

wet look

4. Wet look pixie cut

Gaya ini sedikit memperlihatkan wajah dan watak anda seperti anak lelaki. Namun ia masih sesuai digayakan terutama sekali jika anda memakai suit dan blouse.

Tambahkan juga aksesori seperti cekak pada rambut supaya anda boleh kekal feminin.

texture

5. Textured Pixie Cut

Meskipun pendek, gaya pixie beralun seperti ini masih membuatkan wajah dan penampilan anda nampak feminin serta seksi.

Rambut juga lebih bertekstur karena dibuat bergelombang di beberapa bahagiannya sekali gus membuat rambut pendek tidak lepek.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain