suria

Wanita nampak sofistikated pakai kasut tumit tinggi... Lakukan 7 perkara ini elak urat tersimpul

Kasut tumit tinggi merupakan 'teman' baik para wanita.

KASUT tumit tinggi dan wanita sememangnya tidak dapat dipisahkan.

Selain menampakkan seseorang itu bergaya dan sofistikated, kasut jenis ini juga mampu membuatkan wanita kelihatan lebih tinggi sekali gus meningkatkan keyakinan dirinya.

Meskipun sakit jika dipakai lama, namun ia tidak menjadi masalah bagi kaum hawa!

Pun begitu, penggunaan secara kerap akan menyebabkan berlakunya urat tersimpul atau 'varicose veins'.

Ia berpunca daripada tekanan tinggi di bahagian betis yang membuatkan peredaran darah tidak lancar.

Tapi jangan khuatir ya, terdapat beberapa cara yang boleh anda ikuti bagi mengelak terjadinya urat tersimpul.

Urat simpul yang tidak dirawat boleh memberi kesan buruk kepada penghidapnya.

Urat simpul yang tidak dirawat boleh memberi kesan buruk kepada penghidapnya.

Memetik laporan Okezone, Pakar bedah vaskular, Dr Febiansyah Kartadinata Rachim menyarankan supaya kaki direhatkan selepas sepanjang hari memakai kasut tumit tinggi.

1. Kerap goyangkan kaki

Bagi penggunaan kasut tumit tinggi seharian, apa kata sekali sekala anda rehatkan kaki dengan menggoyang atau memutarkan hujung kaki.

Cara ini membolehkan betis dan kaki anda lebih relaks serta tidak tegang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil muda, stylo dengan 5 gaya crop top ini... mampu buat anda nampak tinggi!

2. Lapik dengan bantal

Dengan meletakkan kaki sedikit tinggi di atas bantal ketika sedang baring boleh membuatkan aliran darah berjalan lancar ke jantung.

Meletakkan kaki lebih tinggi semasa berehat dapat mengurangkan tekanan dan ketegangan.

Meletakkan kaki lebih tinggi semasa berehat dapat mengurangkan tekanan dan ketegangan.

3. Elak berdiri atau duduk terlalu lama

Berdiri atau duduk dalam tempoh yang lama juga akan memberi tekanan kepada betis anda sehingga berlaku kebas seterusnya membentuk urat simpul.

4. Sentiasa bersukan

Cara yang terbaik adalah dengan bersukan. Selain dapat menguatkan otot kaki, anda juga boleh mengawal berat badan!

5. Jaga kebersihan kaki

Kesibukan kerja juga mendorong sesetengah individu mengabaikan kebersihan kaki mereka. Oleh itu, meskipun sibuk sepanjang hari, anda perlu memastikan kebersihan dan kelembapan kaki.

Jikla tidak, varicose veins yang terjadi akan membuatkan luka pada kaki lambat sembuh.

Duduk bersilang juga menyebabkan tekanan.

Duduk bersilang juga menyebabkan tekanan.

6. Elak duduk silang kaki

Menyilangkan kaki ketika duduk antara faktor mudah berlakunya urat simpul. Pun begitu, dengan regangan kaki secara rutin dapat mengurangkan impaknya.

7. Elak seluar ketat

Penggunaan seluar ketat seperti jeans juga boleh menyebabkan varicose veins terjadi ya!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain