suria

Fesyen ‘baggy’ longgar tapi ada stail! 4 cara ini bantu muslimah berfesyen tanpa nampak gemuk, selekeh

Style baggy menjadi pilihan muslimah masa kini.

JIKA diamati, semakin ramai selebriti mahupun artis tanah air yang tampil dengan gaya 'baggy' atau longgar.

Selain kelihatan menarik dan kasual, ia juga sesuai untuk imej wanita muslimah kerana tidak menampakkan bentuk badan.

Tapi awas ya! Gaya seperti ini memerlukan 'teknik' yang betul jika tidak anda akan kelihatan selekeh dan pelik.

Daripada elok nampak kecil dan stylo, tiba-tiba anda kelihatan gemuk.

Yang chubby pula, kemungkinan anda akan kelihatan lebih besar daripada biasa.

Jadi, bagi mengelakkan kesilapan tanpa sengaja itu, apa kata anda ikuti tips yang disediakan Apricus Fashion ini.

jeans n heals

1. Jeans dan kasut tumit tinggi

Gaya dengan cara yang paling asas adalah memakai baju oversized dengan seluar skinny jeans dan kasut tumit tinggi.

Anda akan kelihatan bergaya dan trendy walaupun ia hanyalah pemakaian kasual.

Jadi, kalau anda pertama kali ingin tampil dengan gaya seperti ini, boleh mencubanya dengan skinny jeans dan kasut tumit tinggi dahulu.

tuck in

2. Tuck-in

Sesetengah individu lebih gemar tuck-in baju yang besar kerana ingin memperlihatkan penampilan yang kemas.

Gaya ni akan buatkan anda nampak bergaya dan stylo seolah-olah pakar dalam berfesyen!

Lebih menarik adalah, style ini sesuai dengan apa sahaja jenis seluar atau skirt yang anda pakai.

half tuck in

3. Half tuck-in

Tidak ramai yang berani memasukkan separuh bajunya ke dalam seluar. Namun, style ini semakin popular kerana ramai yang merasakan ia sangat sesuai apabila menggayakan baju oversized.

Tidak perlu tuck-in semua ke dalam seluar kerana ia akan membuatkan bahagian seluar nampak berbonggol seterusnya gaya yang stylo berubah selekeh.

Untuk pengetahuan anda, apa sahaja jenis busana sama ada blouse, kemeja mahupun baju-T, anda akan tampil bergaya dan trendy dengan gaya ini.

Padankan juga dengan tudung rona kontra atau bercorak jika anda mengenakan pakaian plain.

pleated

4. Pleated Skirt

Baju baggy juga sangat sesuai apabila dipadankan dengan pleated skirt yang banyak terdapat di pasaran!

Kecantikan yang ada pada pleated skirt bukan sahaja menjadikan anda in-trend tetapi akan menyerlahkan lagi gaya penampilan. Ala-ala wanita sejati!

Sama seperti seluar, anda juga boleh tuck-in kan baju di dalam skirt. Jika baju jenis kain nipis, anda boleh tuck-in semuanya manakala baju tebal lebih sesuai jika dimasukkan separuh sahaja.

Tak biasa tuck-in dan bimbang kelihatan pelik? Jangan risau ya, anda hanya perlu berani untuk tampil menarik dengan trend terkini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

baggy, gaya muslimah, fesyen, Mode,

Artikel Lain