SELAIN barisan pemain, tumpuan ramai di Piala Dunia 2022 juga tentunya dalam kalangan jurulatih pasukan negara yang bertanding. Di samping kecekapan serta kehebatan mengendalikan skuad negara masing-masing, penampilan mereka ketika berada di bangku khas di tepi gelanggang juga menjadi bualan ramai. Ada yang tampil kemas, siap mengenakan sut dan bertali leher. Malah, ada juga yang selesa mengenakan jersi atau kemeja-T. ARTIKEL BERKAITAN: Siapa dibayar paling mahal? Ini senarai gaji 32 jurulatih pasukan Piala Dunia 2022 Dalam 32 jurulatih pasukan yang berjaya melayakkan diri ke edisi Piala Dunia kali ini, portal Thefootballfaithfull menyenaraikan lima jurulatih yang tampil dengan gaya paling elegan. 1) Hajime Moriyasu (Jepun) Jurulatih berusia 54 tahun ini tidak pernah gagal tampil tanpa mengenakan sut lengkap. Dikenali juga sebagai salah seorang individu pintar dalam arena bola sepak, bapa kepada dua anak lelaki ini sememangnya diberi jolokan jurulatih paling kemas dan bergaya. 2) Herve Renard (Arab Saudi) Berkemeja putih potongan slim-fit, dengan dua butang atas yang terbuka, dipasangkan dengan seluar hitam, menjadi 'trademark' kepada jurulatih yang berasal dari Perancis ini. Renard tersenarai sebagai jurulatih yang tampil dengan gaya berpakaian terbaik, malah dia sering mendapat perhatian wanita semasa perlawanan. Jika tidak memakai kemeja putih, Renard tampil ringkas dengan kemeja-T dipadankan dengan tracksuit namun tetap kelihatan bergaya! 3) Didier Deschamps (Perancis) Pernah diberi gelaran 'si pembawa air', Deschamps tentu tahu cara menyesuaikan busana yang melekat pada tubuhnya. Di umurnya yang sudah tidak lagi muda, mantan kapten kebangsaan Perancis ini mengenakan pakaian formal yang sesuai dengan usianya. 4) Murat Yakin (Switzerland) Ketika musim sejuk, Yakin gemar mengenakan kot labuh sehingga ke paras lutut dilengkapi dengan kain skaf yang dililit di lehernya. Namun ketika memimpin skuad Switzerland di Qatar yang bercuaca panas, Yakin tampil dengan kemeja polo berlengan pendek, dan celana slim-fit. Jam tangan dan gaya rambut kemasnya membuat Yakin kelihatan tampan. 5) Diego Alonso (Uruguay) Bertali leher nipis yang dipadankan dengan sut merupakan gaya pilihan Alonso saat mengendalikan skuad Uruguay di Piala Dunia 2022 di Qatar. Citarasa gayanya sememangnya kena dengan seorang coach yang berpengalaman melatih di empat benua. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI