PENAMPILAN semestinya perkara yang amat dititikberatkan oleh setiap wanita, lebih-lebih lagi bagi yang gemar memuat naik foto 'outfit of the day' (OOTD) di media sosial. Bagi yang bijak bergaya atau sering mengikuti perkembangan fesyen, pastinya mudah untuk mendapatkan idea bagi menggayakan busana sesuai dengan usia. Tapi untuk mereka yang kurang arif bab berfesyen, sudah pasti memerlukan inspirasi untuk menyesuaikan stail terkini dengan imej sebagai seorang muslimah. Namun kini anda tak perlu lagi pening kepala tercari-cari stail atau imej terkini untuk digayakan ketika keluar atau ke pejabat. ARTIKEL BERKAITAN: 5 stail ala Nabila Razali yang senang digayakan, ‘mix and match’ pun boleh... paling senang beli di Lazada! Kali ini mStar tampil membantu anda memilih hijabista look yang sesuai, chic dan trendy sama seperti lima bintang wanita popular ini. Yang penting usah risau, semua outfit ini ada di Lazada! 1) Mira Filzah Siapa yang tidak kenal dengan sweetheart Malaysia ini? Penampilan ibu kepada seorang cahaya mata ini tidak jemu dipandang. Apa sahaja yang digayakan sememangnya tampak elegan, namun tetap sopan. Mira gemar menggayakan kemeja ataupun blouse yang longgar dan berwarna pastel, sekali gus menampakkan personaliti si pemakai begitu ayu, lembut dan sejuk mata memandang. Sekalipun polos dan minimalistik, Mira bijak menggayakannya dengan aksesori serta gaya dan corak tudung yang sesuai. 2) Ummi Nazeera Gaya Ummi Nazeera antara yang menjadi tumpuan ramai, baik ketika menggayakan pakaian kasual atau menghadiri majlis anugerah. Ummi tidak gentar bermain dengan warna-warna 'bold' yang terang atau color blocking, malah dia bijak menyuai padan (mix and match) antara warna dan stail busana. Bagi yang inginkan gaya berani dan suka bereksperimentasi dengan fesyen, stail Ummi boleh dijadikan rujukan. Pasti mata akan bertumpu kepada anda! 3) Fazura Sentiasa tampil dengan gaya unik tersendiri, pelakon, businesswoman, isteri kepada pelakon Fattah Amin dan ibu kepada si comel Fatima Aisya ini tersenarai sebagai antara ikon fesyen yang menjadi tumpuan peminat tanah air. Sejak tampil berhijab, gaya Fazura lebih kasual dan simple pada hari-hari biasa. Dipadankan dengan tudung bawal, Fazura lebih gemar memilih untuk mengenakan kemeja atau blouse oversized serta berseluar longgar. Bukan sahaja sesuai dengan gaya muslimah, malah gaya selebriti ini membuatkankan si pemakainya selesa. 4) Daphne Iking Mahu kelihatan feminin, sweet dan trendy dalam masa yang sama? Gaya Daphne Iking sesuai buat anda. Daphne sering menggayakan busana daripada rona lembut seperti merah jambu, biru cair, krim serta putih sekali gus menaikkan seri. Potongan busananya juga lebih bercirikan feminin iaitu dress labuh. Sesuai jika si gadis menggayakan dengan sepasang heels, boleh disesuaikan sebagai gaya wanita berkerjaya ataupun untuk brunch bersama sahabat atau keluarga di hujung minggu. 5) Nana Mahazan Bekas bintang realiti televisyen dan radio DJ ini tampil menarik dengan gaya urban chic dan kasual yang mengimbangi fesyen unik street style. Nana lebih gemar menggayakan busana yang longgar dan dipadankan dengan denim look, serta sepasang sneakers atau boots, sesuai dengan personalitinya yang aktif dan ceria. Malahan, gaya tersendiri ibu kepada dua cahaya mata ini memaparkan karakter unik 'be your own hero' yang lain dari yang lain. Jualan Lazada 12.12 Bagi anda yang tengah tercari-cari outfit muslimah stailo, rebutlah peluang semasa Jualan Sepuas Hati Akhir Tahun 12.12 Lazada yang akan tiba tidak lama lagi. Paling best, pembeli akan menikmati bonus RM8 untuk setiap pembelian bernilai RM80 dan yang paling best boleh nikmati penghantaran percuma (free shipping)! Jadi tunggu apa lagi? Tambah ke troli koleksi fesyen idaman sempena Jualan 12.12 dan kumpulkan baucar Penghantara Percuma di aplikasi Lazada bermula 12 Disember hingga 14 Disember. Maklumat lanjut boleh layari https://www.lazada.com.my/12-12 dan muat turun aplikasi Lazada. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI