SELEPAS kejayaan yang membanggakan pada tahun lalu, Minggu Fesyen Kedah atau Kedah Fashion Week (KFW23) kembali menghangatkan arena fesyen tempatan buat kali ke-6. Berlangsung pada 4 sehingga 6 Ogos di Aman Central baru-baru ini, acara berprestij ini menyaksikan KFW kembali menyerlah dan melangkaui sempadannya seiring dengan perkembangan semasa. Dengan barisan pereka tersohor, penyewa berpengaruh dan selebriti terkenal serta tetamu terhormat merancakkan lagi usaha KFW untuk menjadi ikon industri fesyen tanah air. Bertemakan ‘Big Bang’, Aman Central mempersembahkan acara ekstravaganza tahunan yang dinanti-nantikan, satu ledakan yang pasti meninggalkan kenangan tidak dapat dilupakan. Manakan tidak, pereka hebat daripada rakan kongsi fesyen Collab Store bergabung tenaga dengan pereka tempatan dari Kedah yang berwawasan, Ikmal Mukmin untuk Gens Great Idea dan YT Label di bawah bimbingan pengasas, Jeremy Lim. Turut terlibat dalam acara bersejarah ini ialah pereka tempatan baharu yang berbakat seperti Asyraf Arrif, Anuar Faizal, Teddie Alrashed untuk Blue Natar dan Oscar Lee bagi Outdwell. Begitu juga pereka fesyen luar negara dari Thailand, Kanapot Aunsorn dan Yadanar dari Myanmar yang kembali dengan kejayaannya. (Dari kiri) Four Degree Studios dari Myanmar, Asyraf Arrif, Gens Great Idea, Pengurus Kanan Komunikasi Pemasaran Aman Central, Ken Chin, DanielZharifOfficial dan ByTwoo. Banyak lagi nama yang turut memeriahkan KFW23 tentunya pelopor yang memukau industri fesyen dan menawan hati pengikutnya. Siapa lagi kalau bukan ByTwoo, Daniel Zharif, Salleh Hamid, Dee Roslan, Amaze, Naemah Khuntum, Hasfitri Yusof, Wan&Mary dan duo dinamik Seth & Luna, sememangnya begitu sinonim menerusi hasil kreativiti yang mengagumkan dan gaya tiada tandingannya. Sumbangan mereka dalam dunia fesyen ini ternyata luar biasa, sekali gus menjadikan KFW amat berbesar hati untuk menghimpunkan kesemuanya bagi memeriahkan acara pada tahun ini. Modest & Paling Trending KFW secara konsisten memberikan sumbangan besar kepada industri fesyen dan pelancongan tempatan. Ia juga mewujudkan peluang pekerjaan dengan pembukaan jenama gaya hidup baharu di Aman Central, ikonik dan mercu tanda yang terletak di lokasi strategik di tengah bandar Alor Setar. Di samping menganjurkan acara fesyen terhebat di Wilayah Utara, komitmen Aman Central tahun ini diteruskan untuk menarik lebih ramai pembeli baharu, memberikan mereka platform penting untuk menikmati pengalaman yang tiada tandingan apabila berkunjung ke Aman Central. Ia bukan sahaja dapat menarik penyewa berpotensi ke ruang pelaburan KFW, malah merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Kedah. (Dari kiri) Anuar Faizal, Salleh Hamid, D, Pengurus Kanan Komunikasi Pemasaran Aman Central, Ken Chin, Pengurus Kanan Pajakan Belleview Group, Brian Ho, Outdwell, Bleu Natar dan YT Label. Bukan sekadar itu, turut dialu-alukan adalah penyewa baharu bagi jenama Muslimah seperti D'yana dan busana lelaki yang segak, kemas dan maskulin Elrah Exclusive. Ini termasuk kembalinya Icahfa, yang menggabungkan kesederhanaan gaya moden dan mudah serta menawarkan pelbagai pilihan terkini kepada pembeli. Selain itu, kemewahan jenama Bonia pasti memikat hati orang ramai, manakala Tomei mempersembahkan barang kemas separa halus yang direka untuk memenuhi pelbagai cita rasa. HLA juga memperkenalkan sentuhan gaya fesyen lelaki terkini, dan jenama global sukan budaya, gaya dan ekspresi diri, New Era. Tidak terkecuali, dengan bangganya memperkenalkan Lokalteez, jenama tempatan yang komited kepada tawaran saksama, gaya boleh pakai yang ringkas tetapi bergaya. Dengan jenama-jenama terkenal ini, KFW memberikan pengalaman yang menyegarkan sekali gus membuatkan para hadirin berasa kagum dan berinspirasi. KFW23 mencatatkan kejayaan dengan sokongan rakan usahama dan rakan kongsi termasuk Shoppes di Four Seasons Place, Collab Store, Frazel Heritage Hotel, Self Supply, Bonia, Tomei, Osim, New Era, D'yana, Elrah Exclusive, Yole, Royce', Nando's dan HWC Coffee serta Lokalteez. KFW23 turut dimeriahkan dengan pereka fesyen (dari kiri) Khuntum, Seth&Luna, Amaze, Wan&Mary dan Hasfitri Yusof. Turut serta Pengurus Kanan Komunikasi Pemasaran Aman Central, Ken Chin (tengah). Selain itu, beberapa jenama gaya hidup dan hospitaliti yang terkenal termasuk HLA, Icahfa, BMW Lee Motors, Stay City Hotel, Bt Haus Retreat, Hiasan Seni Visual, Clover Makeup & Beauty Academy, Himalaya, Kafe Moara, Zoomix, Kedai Bunga Barbara dan Ecobrown's juga memberikan sokongan yang tidak ternilai sebagai penaja rasmi. Penampilan Istimewa Penganjuran KFW23 di Aman Central kekal sebagai usaha kolaboratif, menyaksikan penglibatan dan interaksi penonton yang menjadi sebahagian daripada kemeriahan acara yang berlangsung selama tiga hari. Lebih mengujakan majlis dan pentas peragaan kali ini tentunya penampilan istimewa Aishah, Lah Ahmad, Ziana Zain, Dr Soo Wincci dan Datin Winnie Loo. Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff turut berkenan berangkat menyerikan malam kemuncak KWF23. Maklumat lanjut termasuk segala perkembangan terkini dan eksklusif boleh layari www.amancentral.com.my, Facebook Aman Central dan TikTok @amancentraltiktok Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube