suria

Kembali trending... Ini 3 gaya terkini boleh dilakukan dengan denim, auto nampak segar

Gaya denim kembali menjadi trending pada masa ini.

BAGI peminat fesyen anda pasti menyedari trend yang ada pada masa kini bukanlah sesuatu yang baharu sebaliknya gaya lama yang dikitar semula.

Seperti denim yang pernah menjadi style masyarakat suatu masa dahulu, kini menjadi trending semula.

Bahkan ia dikatakan gaya timeless kerana mudah dipadankan dengan apa sahaja selain membuatkan si pemakai kelihatan menarik.

Bagi anda yang masih mencari idea untuk menyuai padan denim supaya tampak unik dan lebih stylish, boleh ikuti beberapa inspirasi daripada Okezone ini.

1. Street style

Padankan sahaja seluar jeans longgar dengan jaket bergaya crop top.

Gunakan inner dan kasut yang berwarna senada agar penampilan anda lebih menyerlah.

feminim

2. Gaya feminin

Jangan ingat wanita yang menggayakan denim adalah boyish ya! Terdapat juga beberapa jenis skirt daripada denim.

Padankan saja dengan jaket denim yang besar, pasti terlihat anggun.

Kombinasi ini akan memberikan kesan yang menawan serta elegan.

Jangan lupa tambahkan sedikit aksesori seperti kacamata hitam dan anting-anting.

kasual

3. Kasual

Anda yang aktif pastinya inginkan pakaian yang mudah digayakan pada bila-bila masa. Denim adalah pilihan terbaik!

Padankan saja skirt pendek atau hot pants dengan jaket denim berwarna cerah bersama topi.

Seluar jeans pendek ini juga pernah menjadi pilihan para wanita muda zaman dahulu ya, tapi trend ini kembali semula.

Bahkan semakin diminati ramai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain