RAMAI yang beranggapan orang yang berkulit cerah sesuai untuk menggayakan pelbagai warna rambut. Tapi awas ya, tidak semua warna sesuai dan jika tersalah pilih, bukan sahaja nampak pelik tetapi wajah akan kelihatan lebih berusia ataupun sakit. Mereka yang bertudung juga boleh menggayakan warna rambut idaman kerana banyak produk halal dan telap air berada di pasaran. Ini lima warna rambut yang dikongsikan Okezone bagi anda berkulit cerah, pasti akan lebih menonjol. 1. Ash brown Warna rambut yang menampilkan coklat keabu-abuan sudah menjadi trend sejak sekian lama. Bagi mereka yang ingin mencuba warna seperti ini, boleh memilih dark ash brown atau light ash brown sesuai dengan keinginan. 2. Bronde (brunette blonde) Campuran seimbang antara warna coklat dan perang. Warna ini sesuai untuk anda yang ingin menggayakan warna rambut perang tetapi tidak mahu ia kelihatan terang dan mencolok mata. 3. Dark brown Biasa juga disebut sebagai brunette. Ia menjadi pilihan kebanyakan wanita kerana menampilkan undertone yang vogue. Warna ini juga sesuai untuk semua warna kulit ya. 4. Merah ceri Padanan terbaik buat mereka yang mempunyai daya keyakinan yang tinggi, berani dan tidak gentar menjadi perhatian ramai. Warna ini memiliki undertone hangat yang cantik, kontra sempurna dengan mereka berkulit cerah. 5. Burgundy dan purple ombre Bagi pemilik warna asli rambut hitam, warna ini cantik untuk diaplikasikan ke rambut. Warnanya yang cenderung gelap akan membuat rambut terlihat kontras dan menonjol saat bertemu kulit warna putih. Selain ombre, anda boleh menggunakan teknik balayage yang kini menjadi trend semasa. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube