suria

5 langkah pilih warna tudung sesuai wajah! Ramai tak buat ‘step’ penting nombor 3, punca muka kusam

Pemilihan rona warna perlu tepat bagi mengelakkan wajah kelihatan kusam.

"MUKA hitam apabila pakai tudung berwarna putih atau kuning."

Situasi tersebut pastinya sering membelenggu sesetengah wanita ketika memilih warna tudung yang sesuai untuk dipakai.

Kalau boleh nak sedondon dengan baju yang dipakai supaya kelihatan vouge dan menarik untuk OOTD (outfit of the day).

Bagi yang alami situasi ini, anda boleh ikuti perkongsian Ain Shahar supaya masalah dapat diatasi, yang penting tak nampak seperti anda baru bangun tidur.

t1

1. Buat eksperimen

Buka wardrobe anda dan ambil setiap shawl atau tudung yang ada.

Padankan pada wajah untuk memastikan warna tersebut sesuai atau tidak. Kalau kena dan muka nampak lawa, maksudnya memang sesuai warna tu dengan kulit.

Kaedah ini paling mudah untuk dilakukan tapi makan masa.

2. Kenal pasti tona warna

Selepas mengetahui warna shawl dan tudung yang membuatkan anda nampak cantik, barulah 'kaji' tona warna berkaitan sama ada jenis sejuk atau panas.

Salah pemilihan tona menyebabkan segala 'cacat cela' di wajah akan kelihatan tau!

t3

3. Tengok pergelangan tangan

Kalau urat tangan berwarna biru keungguan, anda sesuai tona warna sejuk manakala panas jika urat kelihatan kehijauan.

4. Ketahui seasons warna

'Musim' warna dibahagikan mengikut tona iaitu sejuk dan panas.

Kalau anda kategori sejuk, maka winter dan summer adalah yang sesuai, manakala spring dan autumn bagi panas.

5. Dapatkan pallet warna

Anda boleh muat turun sahaja pallet warna di Google untuk mengetahui warna-warna yang sesuai dipakai.

Selepas mengetahui kesemua di atas, bolehlah dapatkan warna tudung yang sesuai, pasti wajah anda tak kelihatan kusam atau tidak mandi.

Koleksi juga boleh bertambah, selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain