MEMILIKI kulit yang cantik sudah menjadi ukuran bagi standard kecantikan (beauty standard) pada hari ini. Tidak hanya wanita, golongan lelaki juga terkejar-kejar untuk tampil dengan wajah tanpa cela. Namun ramai mengambil jalan ‘singkat’ hingga ada yang sanggup menggunakan produk mengandungi merkuri demi mendapatkan kulit cantik. Kesan jangka memang kulit boleh kelihatan cantik, namun di kemudian hari ia akan rosak dan besar kemungkinan mengundang jerawat. Dr Samhan berkongsi tip mencantikkan kulit dengan mudah. Sebenarnya ada tip mudah yang boleh diamalkan untuk kulit cantik seperti dikongsikan seorang doktor viral, Dr Ahmad Samhan. Sebelum itu jom ketahui petanda jika anda ada masalah kulit! 1. Masalah jerawat yang teruk 2. Jangkitan Mikrobiom pada kulit 3. Tompokan kering 4. Kulit yang merengsa atau meradang 5. Muncul tahi lalat secara tiba-tiba 6. Urat tersimpul (Vena varikosa) Ini lima tip mudah untuk kulit cantik menurut Dr Samhan seperti yang ditulisnya dalam bebenang ciapan di Twitter: 1. Banyak minum air kosong Hidrasi adalah kunci utama. Maka anda perlulah lebih banyak minum air kosong kerana ia sudah tentu tinggi dengan oksigen yang sangat diperlukan untuk elak dehidrasi. Pun begitu, jangan memaksa untuk minum lebih daripada 10 gelas air kosong sehari. Cukup sekadar lapan gelas sahaja setiap hari sesuai dengan saranan pakar supaya kulit anda kekal cantik dan sihat. 2. Elak minum alkohol dan kafein Elakkan minuman yang kurang baik terutama beralkohol dan berkafein kerana ia bukan sahaja akan meningkatkan risiko dehidrasi malah boleh merosakkan kulit anda. Alasannya, minuman-minuman sebegini berisiko untuk menjejaskan organ dalaman terutama buah pinggang dan hati. Apabila dua organ ini terjejas, maka toksin punca kulit rosak tidak dapat dibuang. 3. Cuci sisa mekap sebelum tidur Ini kerana mekap atau alat solek yang melekat pada kulit dalam tempoh waktu terlalu lama boleh membuat liang pori pada kulit anda tersumbat lantas terkumpul minyak, debu dan pelbagai kotoran lain. 4. Eksfoliasi Kaedah pembuangan atau pengelupasan sel kulit mati (eksfoliasi) amat penting untuk menyingkirkan kulit yang tidak lagi diperlukan supaya ia dapat digantikan dengan kulit lebih baharu, cantik dan sihat. 5. Pakai pelindung matahari setiap hari Terutama jika anda kerap berada di luar rumah, anda perlu sentiasa menggunakan krim, losyen atau ubat pelindung matahari agar radiasi daripada sinar ultra ungu matahari (UV) tidak dapat menembusi kulit. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!