suria

Muka macam kawah bulan? Cuba guna daun senduduk, sireh muda dan asam jawa... Petua natural hilangkan parut jerawat

Daun sireh dikatakan boleh membantu untuk menghilangkan parut jerawat. -Foto Freepik & Facebook

JERAWAT pada wajah merupakan masalah normal yang biasa dihadapi oleh semua orang.

Namun segelintir individu hilang keyakinan diri apabila jerawat yang tumbuh meninggalkan parut pada wajah mereka.

Selain bintik-bintik gelap, ada yang turut mengalami parut lebih ekstrem sehingga mereka diberi gelaran jalan tar, kawah bulan dan macam-macam lagi.

file7ngvq2pci0z1xzpgbv6

Kombinasi kulit kayu manis dan bedak sejuk boleh menghilangkan parut jerawat.

Berikut kami kongsikan beberapa bahan mudah yang boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat:

1. Kulit kayu manis dan bedak sejuk

Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus.

Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.

Apabila siap, lumurkan pada parut jerawat. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang.

Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.

2. Lidah buaya (aloe vera)

Kaedah ini lebih semulajadi, tetapi agak sukar kerana tidak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang.

Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar.

Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu.

jerawat2

Lendir lidah buaya mujarab untuk kulit wajah.

3. Asam jawa

Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa pada wajah yang berparut.

Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.

4. Daun senduduk

Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

5. Daun sireh muda

Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat.

Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu. - Ana Mahabu

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain