suria

Baju raya dah cantik, tapi penampilan kurang berseri... Ikuti 5 tip ini sebelum hadiri rumah terbuka, mana tahu rezeki jumpa jodoh!

Tampil berseri ketika menghadiri majlis rumah terbuka. Gambar hiasan

PEJAM celik, kita kini menyambut Hari Raya Aidilfitri, meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa.

Sudah tentunya dalam tempoh sebulan Syawal ini, jadual akan dipenuhi dengan undangan ke majlis rumah terbuka.

Tidak lengkap rasanya jika bergaya dengan busana yang cantik tetapi wajah dan penampilan pula kurang berseri.

Tak tahu apa yang perlu dilakukan? Usah risau, kali ini mStar kongsikan lima tip untuk diri dan wajah agar tampil lebih berseri. Bila wajah berseri, barulah lebih yakin di khalayak ramai, betul tak?

1. Wajah

Muka tidak berseri, berminyak dan banyak cela? Ambil sedikit masa dan pergi ke spa. Mungkin sebelum ini anda terlalu sibuk melakukan persiapan untuk Aidilfitri. Oleh itu, sudah tiba masa untuk melakukan rawatan dan memanjakan wajah anda.

2. Gigi

Sesetengah individu kurang memberi perhatian kepada bahagian yang satu ini. Usahlah takut. Pergi berjumpa doktor gigi untuk mengembalikan senyuman manis. Kalau gigi putih bersih, nafas pun tak berbau barulah yakin!

ARTIKEL BERKAITAN: Kekal jadi jenama pilihan ramai, Elrah Exclusive bikin ‘gempak’ Syawal ini dengan gaya elegan... 1.7 juta pasang baju di pasaran!

3. Solekan

Tidak perlu solekan tebal, dilapisi bulu mata palsu sehingga menghilangkan keaslian wajah. Cukup sekadar solekan minimal untuk kelihatan natural, namun tetap manis. Walaupun simple, ia sebenarnya merupakan gaya solekan yang sesuai untuk majlis rumah terbuka.

4. Kuku

Bahagian yang satu ini juga tidak kurang pentingnya. Bayangkan, anda sibuk memasak ketika raya dahulu sehingga warna kuku sendiri bertukar menjadi kekuningan. Malu tau! Luangkan sedikit masa untuk melakukan rawatan kuku agar ia kembali berseri. Barulah cantik jika mahu padankan dengan aksesori atau cincin.

5. Rambut

Sekalipun berhijab, ia bukan alasan untuk anda mengabaikan mahkota wanita. Selepas seharian beraya atau sibuk melakukan persiapan, mesti rambut pun berbau kepam. Ambil masa untuk mencuci dan merapikan rambut. Anda boleh memilih untuk ke salun atau hanya mencuci sendiri di rumah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain